Thursday, October 13, 2011

hari ni cuti.. hari untuk kereta..

hari ni cuti peristiwa sebab semalam hari sukan.. biasa la kalau lepas jalankan program yg agak besar, sekolah dibenarkan mengambil cuti peristiwa sebanyak tiga hari dalam setahun bergantung kepada kelulusan oleh pihak jabatan pelajaran negeri.. so, hari ni cuti peristiwa..
sebenarnya ni la kali pertama aku merasa cuti peristiwa sekolah aku.. sebab sebelum ni guru besar x pernah nak ambik.. 2 orang guru besar yg sebelum ni, dua2 x suka ambik cuti peristiwa.. nasib baik la guru besar yg sekarang ni setuju nak ambik cuti peristiwa ni.. walaupun dia sebenarnya macam x berapa suka jugak.. maybe takut rugi budak2 x cukup belajar kut.. tapi pada pendapat aku la, dah kita dibenarkan untuk ambik cuti, so kalu x ambik rugi la.. ye tak? bukannya menyalahi undang2, tp mengikut undang2 pun.. lagi pun, blh la jgk aku setelkan beberapa perkara yg x sempat nak disetelkan sebelum ni.. ye la, cuti hujung minggu pejabat lain pun tutup jugak.. memang elok benar lah kerajaan bagi ambik cuti peristiwa ni..
so, hari ni, pagi bangun cam biasa jgk.. pastu keluar gi makan sarapan kat kedai tengah bandar KB.. sarapan makan capati beb hari ni.. spesel sikit.. pastu gi pajabat JPJ negeri.. ada urusan sikit.. urusan pembatalan hak milik keta.. dah haritu dah bayar full settlement dah dua2 bijik keta aku (viva & neo) tu, so kena la batalkan tuntutan bank ke atas keta2 tu.. ala 5 minit je pun dah selesai.. bukan apa pun, dia cop sikit je atas geran keta tu..
pastu seterusnya sekarang ni duk kat car wash.. basuh keta sikit.. lama x basuh keta.. sambil duk nunggu ni la rasa nak nulis sikit ni.. boring.. paper hari ni pun dah abis baca dah.. pasni ingat nak gi round2 kedai aksesori keta pulak.. nak tengok2 apa2 yg patut... pastu nak buat apa pulak ye...?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 2, 2011

ramadhan dah berlalu.. skarang nak buat apa pulak?..

rasanya lama sgt dh x nulis kat sini.. xder mood + sibuk + malas.. dah dekat2 dua bulan kut.. xpun lebih dah..
so, hari ni rasa ada nk tulis sesuatu la plk.. hari ni 2hb september 2011.. bersamaan hari raya keempat 1432 hijriah.. kebetulan hari ni hari jumaat.. dan seperti mana biasanya, hari jumaat kena la gi sembahyang jumaat.. sebelum sembahyang jumaat mesti la kena dengar khutbah jumaat dulu.. ye tak? so, khutbah jumaat tadi agak bagus jgk.. semoga Allah merahmati tok imam yg baca khutbah tu tadi dan juga kepada orang yg karang teks khutbah tu.. dan berkaitan dgn khutbah tu jugalah yg aku nak catatkan di sini serba sedikit.. semoga aku x terlupa..hoho

apa yg dapat aku rumuskan dari khutbah tadi ialah, ianya berkenaan latihan dan amal ibadat yg telah kita buat pada bulan ramadhan yg lepas dan seterusnya apa yg patut kita buat selepas berlalunya ramadhan macam sekarang ni... sekurang-kurangnya ada 5 perkara yg patut kita buat.. ini perlu supaya kita terus kekalkan prestasi kita di sisi Tuhan.. sebab kita ni hamba Tuhan, bukannya hamba ramadhan.. so, walau bulan apa skali pun kita kena tetap berkelakuan seperti hamba Tuhan.. bukan pada bulan ramadhan shj.. perkara yg perlu kita lakukan ialah;

1) bangun awal setiap hari seperti kita bangun sahur masa bulan ramadhan aritu, walaupun kita xnak bersahur.. supaya kita boleh buat ibadat.. ikut la nak solat ke, nak zikir ke, nak baca qur'an ke.. dan yg lebih penting lagi kita x terlewat solat subuh.. dan kalu blh, solat subuh berjemaah di masjid.. (bagi org lelaki la..) kalu bulan posa aritu blh bangun pukul 4.30 pagi, takkan sekarang x leh nak bangun pukul 5.30 pagi?.. tapi agak2 la,. malam tu kena la tidur awal skt..

2) jaga semua solat fardhu.. kalu dulu masa ramadhan kita solat fardhu awal dan berjemaah di masjid, maka sekarang dan seterusnya pun kena la macam tu jgk.. tapi kalau dalam bulan ramadhan dulu pun solat akhir2 waktu je...xleh nak kata apa la.. tapi apa2 hal pun, masih belum terlambat untuk berubah ke arah yg lebih baik.. selagi masih bernyawa..

3) amalan sunat.. teruskan amalan2 sunat yg kita amalkan sebelum ni.. x kira la, solat sunat ke, zikir2 ke, dengar tazkirah ke,sedekah ke.. ye la, sekarang ni solat terawih pun dah x payah buat dah.. so ganti la dgn usrah ke, baca buku ilmiah ke..jangan ganti dengan tengok cerita hantu kat tv3 dah le.. entah apa kaitan sambutan aidilfitri yg mulia ni dgn cerita hantu yg mengarut tu pun aku x tau la.. dah la tahyul & khurafat,.. boleh merosakkan akidah je.. buat apa la nak agung2 kan sangat setan iblis tu sampai nak kena buat cerita pasal diorang tu banyak sangat? nampak sangat ada niat nak pesongkan akidah umat Islam.. haa,.. kan dah berleter dah.. oh ye, jangan lupa puasa sunat 6 hari bulan syawal.. harap2 berjaya la tahun ni..huhu

4) teruskan membaca al-Qur'an.. mentang2 la bulan puasa haritu dah baca sampai khatam, so x payah baca dah la sampai ramadhan tahun depan pulak.. banyak la cantik.. al-Qur'an ni bukan nak kena baca masa ramadhan je.. baca la terus sebagai amalan harian supaya menjadi pendinding kita daripada kekufuran... sebab matlamat akhir kita ialah untuk memahaminya, mengamalkannya & bukan setakat baca shj.. tapi perlu dibaca selalu supaya kita dekat dengannya.. baru senang nak amal..

5) last sekali cuba elakkan dari buat perkara maksiat dan dosa.. sebab kita ni x pernah terlepas daripada pemerhatian Allah.. bukan masa ramadhan je Allah tengok sgala perbuatan kita.. dulu masa ramadhan x buat dosa sebab takut kurus posa.. so, sekarang ni bila dah x posa, sepatutnya lagi la nak kena takut.. sebab bukan kena tolak pahala, tapi ditambah dosa bagi setiap kemungkaran & maksiat yg kita buat... so, penat2 kita pohon keampunan & bertaubat masa ramadhan, xkan selamba je nak tambah dosa balik?.. hai, agi idup agi selamba pun kena ngelabah bila buat dosa.. baru buleh selamba kat akhirat nanti.. kalau x, bila dah masuk kubur, ngelabah gila la jawabnya... mintak jauh la..

harap2 mampu la nak amalkan kesemua 5 perkara tu ye.. memang la x mudah beb,. tp kalu dapat amalkan yg pertama, insyaAllah mudah nak amalkan yg kedua.. kalu dapat amalkan yg kedua, mudah la dengan izin Allah nak amalkan yg ketiga.. begitulah seterusnya.. semoga dipermudahkan oleh Allah...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, June 13, 2011

jalan-jalan cari aweks..??

cuti sekolah 2 minggu.. apa lagi.. gi jalan2 la.. bukannya jalan2 cari aweks pun..jalan2 cari ketenangan je,.. release tension lah katakan.. lepas ni nak struggle kerja balik.. so, sempena cuti, cuti habis-habisan sampai duit pun habis..

perjalanannya bermula begini,.. mula2 lepak rumah adik kat hulu langat..banyak hari jugak.. dalam masa tu, round2 shopping complex je.. gi berjaya times square, sogo, klcc.. bukan beli apa sangat,..beli kasut je pun.. nak tengok wayang sebenarnya, tapi masa tayangan dengan tajuk cerita yg aku nak tengok asyik x sesuai pulak.. Aku nak tengok cerita omputih jer.. cerita melayu aku memang x layan sangat.. K.L gangster? sori la, nanti raya tahun depan masuk tv la tu.. buleh la tengok.. hahaha (jgn marah)

Pastu seterusnya kitorang gi bermalam kat pantai di bagan lalang..kat sepang.. resort dia memang cantik la.. pantai dia pun memang best .. landai je.. pagi keesokan tu, ingat nak lepak2 kat tepi je,.. tau2 dah duk dalam air dah.. hahaha..

Pastu yang best jugak, kitorang gi round2 melaka.. memang banyak benda menarik kat melaka ni sebenarnya,.. sebagai contoh, zoo melaka, taman buaya, taman mini malaysia & asia, kereta lembu ayer keroh, muzium kapal, menara taming sari, river cruise dan banyak la lagi.. memang fenin la nak jalan kat melaka ni.. banyak sangat tempat menarik! barang2 dan tiket pun x mahal.. x macam kat K.L.. masuk zoo melaka baru RM7 je!.. kalau zoo negara rasanya dah RM30 kut.. dan antara yg paling istimewanya jugak ialah menara taming sari yg berbentuk keris.. malas la nak cerita panjang tentang keistimewaannya,.. kalau nak tau kena gi melaka dan naik sendiri la menara tu..  ahaha..

Pastu antara yg menarik lagi ialah, bermalam kat Rumah University di UM pulak.. memang rindu sgt.. round2 tasik.. gi pusing2 PJ.. seksyen 14,17,.. kat tempat rumah sewa masa duk blaja dulu.. banyak jugak yg dah berubah.. rasa nak sambung blaja la pulak..

Pastu abang yg duk putrajaya ajak gi rumah dia pulak.. sambil duk rumah dia tu sempat la gi tengok wayang kat alamanda.. cerita pirates of carribean.. 3D pulak tu.. memang berbaloi la.. orang lain sibuk tengok final piala FA, aku pulak layan movie,.. haha

cuti2 malaysia.. jauh berjalan, luas pandangan.. alhamdulilLah..




menara taming sari, dataran pahlawan, melaka

layan blues di sepang gold coast, bagan lalang, selangor.
UM yg dirindui..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, May 30, 2011

jangan cela orang yg buat dosa..

peringatan untuk diri sendiri..

Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Nabi saw :

"Barangsiapa mencela saudaranya dengan suatu dosa, maka ia tidak akan meninggal dunia sebelum melakukannya."

Walaupun menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani hadith ini palsu (maudhu’), kerana ianya munqati’ (periwayatannya terputus) dan di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin al-Hasan Abu Yazid al-Hamdani yang pendusta (al-Kazzab). -Silsilatul Ahadith Da’ifah, jilid I, Halaman 213-214)

Imam Ahmad pula dalam menafsirkan hadith ini berkata: "Iaitu dosa yang telah ditaubati (ditinggalkan) oleh yang orang yg berkaitan". Dan selain itu terdapat perasaan gembira terhadap orang yang dicelanya.

Di dalam sebuah hadith marfu' yg juga diriwayatkan oleh Imam Tirmizi:

"Janganlah kamu menampakkan kegembiraan terhadap kejelekan (kesusahan) orang lain, karena boleh jadi Allah akan menyayangi dia dan mengujimu."

Boleh jadi yang dimaksudkan adalah bahawa penghinaan kita terhadap orang lain itu lebih besar dosanya daripada dosa yang dilakukannya, dan lebih berat ke'maksiatan'nya daripada maksiat yang dilakukan oleh orang tersebut.. Kerana dengan mencela orang lain, kita menganggap diri kita suci, lebih bersyukur dan bebas dari dosa,. sedangkan orang lain bergelumang dosa.. Tetapi boleh jadi keresahannya terhadap dosa-dosanya, kehinaan dan kerendahan dirinya, kebersihannya dari penyakit hati seperti sombong dan ujub, sikapnya di hadapan Allah yg tunduk penuh kehinaan dan hati yg penuh kekesalan itu lebih bermanfaat dan lebih baik daripada besarnya ketaatan kita, yang kita rasa banyak dan selalu kita hitung dan dengannya kita merasa telah berjasa kepada Allah dan makhlukNya..

Alangkah dekatnya orang yang pernah berbuat maksiat yg ketakutan ini kepada nikmat Allah dan alangkah dekatnya kita yang "berani" ini kepada kemurkaan Allah.(Na'uzubillah)

Dosa yang membuat kita merendahkan diri di sisi Allah itu lebih dicintaiNya daripada ketaatan yang membuat kita bersifat sombong..

Sesungguhnya jika kita tidur malam dan pada paginya kita merasa menyesal terhadap kesalahan2 kita, itu lebih baik daripada kita menunaikan solat malam tetapi pada pagi harinya kita merasa ujub,.. kerana amal orang yang ujub tidak akan naik kepada Allah!.

Ratapan orang yang berdosa itu sesungguhnya lebih dicintai Allah daripada riuh rendah suara orang yang bertasbih tetapi membanggakan diri.. Kerana, mungkin dengan dosa yang disesalinya itu Allah akan mengeluarkan penyakit yang kini ada pada diri kita tetapi kita tidak menyedarinya..

Sesungguhnya, hanya Allah yg mengetahui rahsia yg terdapat dalam diri seseorang itu.. sama ada orang yg taat atau pelaku maksiat.. Dan tidak ada yang mengetahui rahsia tersebut selain Allah.. Malah, para Malaikat sekalipun tidak mengetahuinya..

Nabi saw pernah bersabda:

"Apabila sahaya perempuan salah seorang dari kamu melakukan zina, maka laksanakanlah hukuman ke atasnya, tetapi janganlah kamu caci maki."

Kesimpulannya, kalau nampak orang buat benda dosa tu, kena la tegur..dengan se'hikmah' yang boleh.. Amar ma'ruf & nahi mungkar tu mesti kena terus..sekadar kekuasaan kita la..sama ada dengan perbuatan, lisan atau hati.. Tapi jangan kita cela pelakunya..sebab kita bukan benci pelakunya, tapi bencikan perbuatan yang salah..bahkan sebab kita sayanglah kita tegur tu.. Dan ingatlah, kita tiada hak untuk membenci sesiapa pun.. kalau pun seseorang tu buat dosa besar mana pun, kita x boleh benci orang tu sebab kita sendiri pun x boleh nak jamin bahawa kita sendiri x kan lakukan dosa yg sama dengan orang tu di masa hadapan.. tp, kita mestilah dgn sedaya upaya berusaha & berdoa agar kita x buat dosa yg sama.. dalam erti kata yg lain,jangan sesekali rasa diri kita dah cukup bagus.. (kita memang sentiasa kena berusaha untuk jadi bagus, tapi jangan sesekali rasa diri kita dah cukup bagus dan lebih bagus dari orang lain.!)  jangan ingat kita dah selamat..sebab, kita sentiasa masih perlukan rahmat dan hidayah dari Allah sehinggalah ke akhir hayat kita..  Ingatlah, Iblis dulu pun baik jgk, maybe jauh lebih alim & warak dari kita...tapi dek keangkuhan, dia jadi sesat... Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat angkuh, ujub dan memandang hina orang lain.. serta, tetapkanlah kami di atas jalanMu.. Amin.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, May 4, 2011

dunia semakin mengecil...?

Pagi tadi masa tgh siap2 nak gi sekolah (nak gi kerja la..dah namanya cikgu, sampai tua2 pun hari2 masih kena gi sekolah lagi..) mula2 segalanya berjalan lancar macam biasa,.. Tapi tiba2 masa nak pakai seluar tu tiba2 seluar yg bersaiz 31 itu menjadi begitu kecil dan ketat...aduss.. Sesak jugak la nak kena kempiskan perut baru boleh pakai.. Pelik jugak.. Selalu muat je..ni alih2 jadi ketat pulak.. Nak kata tertukar x lojik pulak..tengok saiz tu memang 31 dah.. So, kesimpulannya, seluar tu memang dah semakin mengecut bersama dengan dunia ini...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 21, 2011

mesyuarat..mesyuarat..

Malam2 pun mesyuarat jgk lg..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 19, 2011

akhirnya...

Hari ni wi-fi kat sekolah akhirnya dah boleh guna dah... Lama dah tunggu.. Semenjak awal tahun haritu lg x jd2.. Menurut engineer sekolah cikgu rafidi, line yg digunakan ialah line Jaring.. Kelajuan agak baik jgk.. Tp mula2 ni la..pasni x tau la lg.. Kalau streamyx ataupun celcom biasanya x menentu sgt..haha. Anyway, alhamdulilLah..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 12, 2011

apa yg penting?

apa yg penting? kerjaaa sama.. wonderpets datang membantu..haha.  

hari ni terfikir la pulak,.. memandangkan keadaan dunia sekarang ni yg tidak menentu,. apa sebenarnya perkara yg penting sekali dalam hidup kita yg kita mesti kena ingat selalu..?  jawapannya ialah; 'pastikan kita sentiasa berada di jalan yg benar'..  x kira apa yg berlaku kat dunia ni, x kira apa pun keadaan kita, hidup kita senang ke, susah ke, kita duk kat kelantan ke, duk kat K.L ke, duk amerika sekali pun,. dunia kena tsunami ke, gempa bumi ke, dunia aman damai ke, dunia nak hancur ke, dajjal dah datang ke, dah nak kiamat ke,.. yg penting sekali ialah diri kita... jaga diri kita walau di mana pun kita berada supaya sentiasa berada di jalan kebenaran,.. 

dengan erti kata lain, perkara yg paling penting bagi seseorang manusia itu ialah pegangan hidupnya.. apa pegangannya? apa yg dipercayainya? kerana, apa yg di‘imani’ dan diyakini oleh seseorang itulah yg membezakan antara seorang manusia dengan seseorang yg lain.. 

so, seterusnya, macamana nak pastikan kita ni berada di jalan kebenaran? 

Perkara pertama ialah akidah kita,.. akidah tu sebenarnya kut bahasa arab,. Kut melayunya, pegangan la,. Dan pegangan yg dimaksudkan di sini ialah pegangan tauhid kita.. tauhid tu pun bahasa arab jugak.. kut melayu nya ialah meng‘Esa’kan.. iaitu mengEsakan Tuhan.. iaitu yakini betul2 bahawa Tuhan kita ialah Allah yg Esa (yg Satu,bukan dua, bukan tiga dan bukan selain Satu) yg Maha Suci dari segala sifat makhluk.. bab Tauhid ni panjang jugak nak hurai, tp secara ringkasnya, kena yakin bahawa Allah lah Tuhan yg buat kita & alam ni, seterusnya mentadbir & urus alam ni.. dan kita hanya boleh sembah Dia sahaja.. dan jangan minta pertolongan daripada siapa2 atau benda2 yg ghaib(yg kita x nampak dgn mata kasar) selain Dia..

Perkara kedua ialah macamana kita nak menjalani hidup kita ni... senang je, jangan tinggal ibadat wajib dan buat baik sesama manusia... simple je kan..?  dan, bila ada apa2 persoalan timbul, rujuk je Al-Qur’an dan Hadis Nabi.. kalau x reti, tanya la orang yg reti.. tp kena la pilih2 jgk,. Kena orang yg dipercayai la.. pastu jangan duk tanya sorang je,.. buatnya sorang yg kita tanya tu ialah ‘ayah pin’,.. x ke naya kita.. tanya la 2,3 orang alim.. dan make sure orang yg kita tanya tu pun rujuk Al-Qur’an dan Hadis Nabi la.. ada jgk orang yg nampak alim, tapi sebenarnya main ikut2 orang je.. Al-Qur’an ke mana, Hadis Nabi entah ke mana.. 

akhir sekali, bila terbuat dosa, taubat la cepat2.. jangan tangguh2.. caranya, berenti buat benda dosa tu, cuba sedaya mungkin untuk rasa menyesal buat benda dosa tu tadi, berazam sedaya mungkin untuk x nak buat dah benda dosa tu pada masa depan dan seterusnya pohonlah keampunan dari Tuhan.. Istighfar la.. pastu kalau terbuat dosa tu lagi lain kali, maka taubatlah lagi! yelah, kadang tu hari ni dah ye2 berazam, sekali esok terbuat lagi.. kita manusia ni memang la lemah...

Kesimpulannya, kalau kita boleh pastikan pegangan kita betul maka x de apa yg kita perlu risaukan.. lagi2 kalau dunia tengah x menentu macam sekarang..  kalau dunia aman pun kita x rugi jugak.. betul tak? sebab kita memang berada di jalan yg benar.. dan insyaAllah, bila pegangan kita kuat, xde saper2 boleh sesatkan kita.. x kira ayah pin ke, dajjal ke, iblis syaitan ke..  dan bila kita berada di jalan yg benar ni kita x perlu risau dengan dunia ni,..dunia aman ke, dunia hancur ke, hidup kita senang ke, susah ke.. hatta nak mati pun x perlu risau dah.. betul x? Sebabnya, tujuan utama kita nak sangat berada di jalan yg benar ni ialah sebab kita nak selamat kat akhirat sana.. sebab kat sana lah hidup kita kekal abadi,.. kat sini hanya sementara.. 

Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan kebenaran..

Monday, April 11, 2011

puak yakjuj makjuj pengikut dajjal dah x sabar nak berperang.. siap isytihar menang pulak tu..

thirty seconds to mars - THIS IS WAR

A warning to the people
The good and the evil
This is war
To the soldier, the civillian
The martyr, the victim
This is war

It's the moment of truth and the moment to lie
The moment to live and the moment to die
The moment to fight, the moment to fight, to fight, to fight, to fight

To the right, to the left
We will fight to the death
To the Edge of the Earth
It's a brave new world from the last to the first

To the right, to the left
We will fight to the death
To the Edge of the Earth
It's a brave new world
It's a brave new world

A warning to the prophet, the liar, the honest
This is war
To the leader, the pariah, the victim, the messiah
This is war

It's the moment of truth and the moment to lie
The moment to live and the moment to die
The moment to fight, the moment to fight, to fight, to fight, to fight

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
From the last to the first

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
It's a brave new world
It's a brave new world

I do believe in the light
Raise your hands up to the sky
The fight is done
The war is won
Lift your hands
Towards the sun
Towards the sun
Towards the sun
Towards the sun
The war is won

It's the moment of truth and the moment to lie
The moment to live and the moment to die
The moment to fight, the moment to fight, to fight, to fight, to fight

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
From the last to the first

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
It's a brave new world
It's a brave new world

A brave new world
The war is won
The war is won
A brave new world

I believe in nothing
Not the end and not the start
I believe in nothing
Not the earth and not the stars
I believe in nothing
Not the day and not the dark
I believe in nothing
But the beating of our hearts
I believe in nothing
One hundred suns until we part
I believe in nothing
Not in satan, not in god
I believe in nothing
Not in peace and not in war
I believe in nothing
But the truth of who we are
memang budaya yakjuj makjuj kumpul tengkorak/kulit kepala mangsa

logo pun dah piramid dah...


bahasa apa ni?? macam kripton je..

Saturday, April 2, 2011

boring dah fesbuk..

Rasa malas dh nk berfesbuk.. Maybe x lama lg nk terminate dh akaun fesbuk.. Dulu bukak fesbuk sebab nk cari seseorang je..pastu rasanya skarang dh x de maknanya lg..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 1, 2011

seperti bunga api

Pernahkah kau terasa, seperti sehelai daun, melayang dibawa angin, mengharap suatu permulaan yang baru?

Pernahkah kau terasa, seolah-olah sehelai kertas, pipih dan tidak berdaya, berterbangan dek hembusan angin?

Pernahkah kau terasa, seperti ditanam hidup-hidup, kau menjerit memanggil di dalam tanah, tapi tiada siapa mendengarnya?

Sedarkah kau masih punya kesempatan? selagi semangat masih membakar di jiwa..

Kau hanya perlu menyalakan cahayanya, dan biarkan ianya menyinar, taklukilah kegelapan malam, seperti malam-malam perayaan..

Temanku, jadilah seperti bunga api, ayuh tunjukkan mereka nilai dirimu, biarkan mereka terpesona melihat, ketika kau terbang membelah langit!.

Temanku, jadilah seperti bunga api, ayuh biarkan warna-warni cahayamu meletus, biarkan mereka terpesona melihat, kau akan meninggalkan mereka kekecewaan..

Jangan sangka dirimu tidak bermakna, kewujudanmu benar dan tiada yg dapat mengganti, sekiranya kau mengetahui rahsia di hari muka, setiap berlalu taufan pasti akan muncul pelangi!!.

Mungkin engkaulah punca semua pintu ditutup, supaya kau membukanya sendiri, menuju jalan kesempurnaaan!.

Seperti pancaran kilat jiwamu kian bangkit,  pasti kau tahu masanya telah tiba!..

Temanku, jadilah seperti bunga api, ayuh biarkan warna-warni cahayamu meletus, biarkan mereka terpesona melihat, kau akan meninggalkan mereka kekaguman..

Menyinarlah, seterang cahaya rembulan, memang ianya dulu terpendam, sekaranglah masa untuk dilepaskan!.

Menyinarlah, seterang cahaya rembulan.!!
adaptasi lagu Firework
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, March 29, 2011

surah al-Fatihah.. 3 jenis manusia..

dalam surah al-Fatihah disebut bahawa manusia ni ada 3 jenis.. jenis yg pertama ialah golongan yg diberi nikmat oleh Allah.. jenis yg kedua pula ialah golongan yg dimurkai oleh Allah dan yg ketiga pula ialah golongan yg sesat..

golongan pertama iaitu golongan yg diberi nikmat oleh Allah ialah golongan yg mendapat petunjuk ke arah jalan yg lurus. disebut juga di dalam ayat lain di dalam Al-Qur'an bahawa golongan yg mendapat petunjuk ini ialah para Nabi, para Siddiq( orang yg benar), para Syuhada'(orang yg mati syahid) dan orang2 yg Soleh..  mengikut tafsiran ulamak juga, yg dimaksudkan dengan diberi nikmat di sini ialah nikmat 'al-ilmu bil-kitab' dan 'al-amalu bil-kitab' yg bermaksud; 'ilmu pengetahuan tentang kitab Al-Qur'an(ilmu agama & kebenaran)' dan 'kemampuan serta keinginan mengamalkan ajaran kitab Al-Qur'an'.. inilah satu2nya golongan yg berjaya dan selamat di akhirat kelak.. secara ringkasnya, golongan pertama ini ialah golongan yg 'tahu mana jalan yg betul' dan 'ikut jalan yg betul'..

golongan kedua pula iaitu golongan yg dimurkai oleh Allah ialah golongan tidak mendapat petunjuk. disebut dalam hadis Nabi S.A.W. golongan ini ialah golongan orang2 Yahudi.. dikatakan orang Yahudi sebagai orang yg dimurkai oleh Allah adalah kerana majoriti orang Yahudi mengetahui tentang kebenaran kitab Al-Qur'an tetapi tidak mahu mengikut kebenaran yg dibawa oleh Al-Qur'an bahkan menentang pula ajaran Al-Qur'an. namun perlu diingat di sini, bukan hanya golongan Yahudi sahaja yg dimurkai oleh Allah, tetapi sesiapa sahaja termasuk orang Islam sendiri yg diberi pengetahuan oleh Allah tentang Al-Qur'an dan ajaran Islam, tetapi enggan mengikut dan mengamalkan.. golongan kedua ini secara ringkasnya ialah golongan yg 'tahu mana jalan yg betul' tapi 'taknak ikut jalan yg betul'..'sebab degil..'

golongan ketiga pula ialah golongan yg sesat.. golongan ini juga merupakan golongan yg tidak dapat petunjuk atau hidayah dari Allah.. disebut dalam hadis Nabi S.A.W. golongan ini ialah golongan orang2 Nasrani(Kristian).. dikatakan orang Kristian sebagai orang yg sesat adalah kerana majoriti orang Kristian menyangka mereka berada pada jalan kebenaran.. tetapi hakikatnya mereka sebenarnya tertipu oleh pemimpin2 agama mereka..iaitu golongan paderi yg sudah dianggap seperti Tuhan  sehingga boleh mengampunkan dosa manusia..  segelintir pemimpin agama mereka sememangnya tahu dan sedar bahawa agama mereka adalah agama yg sudah ditokok tambah dan menyeleweng.. namun mereka tetap terus menyembunyikan hakikat tersebut supaya dapat terus mengecapi penghormatan dan kesenangan duniawi..   namun perlu diingat di sini, bukan hanya golongan Kristian sahaja yg 'sesat' di sisi Allah, tetapi sesiapa sahaja termasuk orang Islam boleh tergolong dalam golongan 'sesat' ini sekiranya tidak berusaha menuntut dan menambah ilmu berkaitan soal2 agama.. buat ibadat sekadar ikut2 orang dan x tahu hukum-hakam.. hidup macam dalam kegelapan jugak.. kalau nasib baik, benda yg dibuat itu betul,. nasib tak baik pulak buat benda salah.. dah orang lain buat camtu, dia pun buat camtu la jgk.. golongan ketiga ini secara ringkasnya ialah golongan yg ' x tahu mana jalan yg betul' dan 'ikut jalan yg x betul'.. 'sebab bodoh(jahil)..pastu x brusaha nk blajar...'




semoga kita tergolong golongan yg pertama, iaitu golongan yg mendapat nikmat, iaitu nikmat petunjuk dan nikmat mengikuti petunjuk tersebut ke arah jalan yg lurus.. Dan, itulah jugak yg kita mintak berbelas-belas kali sehari dalam sembahyang 5 waktu kita...Wallahu A'lam.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, March 24, 2011

jangan minta kesabaran..

kadang2 kita ada dengar orang kata; "Ya Allah, berikanlah aku kesabaran".. atau; "Ya Allah, jadikanlah aku orang yg sabar.."  bunyinya macam bagus je.. macam best je..  ye la, ape masalahnya? salah ke mintak jadi seorang yg sabar? kan sabar itu bagus?... dulu aku pun selalu jugak doa camtu.. masa tu x tau lagi..

rupa2nya Nabi pernah melarang seorang sahabat baginda yg meminta diberikan kesabaran,.  Nabi kata, sekiranya kita meminta kesabaran, seolah-olah kita minta supaya Allah memberikan kita ujian.. maka  x mustahil Tuhan akan memberikan kita ujian yg berat.. sebaliknya baginda menyarankan supaya sahabat tersebut meminta supaya Allah mempermudahkan segala urusan.. diringankan segala bebanan dan ujian..

ini sebenarnya sebagai suatu adab kita dengan Tuhan.. sebab, kalau kita minta kesabaran, bermakna kita minta kekuatan daripada Tuhan supaya kita dapat menjadi kuat dan dapat menghadapi ujian hidup ini dengan usaha kita sendiri..  tapi sebaliknya kalau kita minta dipermudahkan pulak, bermakna kita x minta kekuatan tapi kita minta Tuhan tolong kecikkan masalah kita.. sebab kita sedar hanya Dia yg kuat dan kita sentiasa lemah... (dan umat Islam dulu menang dalam peperangan bukan sebab diorang yg kuat pun, tapi sebab Tuhan yg tolong..)

walaupun perkara ni nampak macam remeh, tapi sebenarnya membawa kesan yg besar dalam kehidupan kita.. kadang2 kita x tau kenapa kita diuji dengan ujian yg berat.. rupa2nya kita yg tersalah cara berdoa..

walaupun sebenarnya, seberat mana ujian yg kita hadapi, pasti ada lagi orang lain yg menghadapi ujian yg lebih berat daripada kita.. tapi seboleh2 kita x nak la ujian yg berat sampai kita x mampu nak tanggung,..betul x?

walaupun sebenarnya Tuhan dah janji xkan uji kita lebih dari kemampuan kita, namun, kalau kita perhatikan, ramai jgk yg gagal menghadapi ujian Tuhan...ramai jugak yg kalah dengan nafsu, kalah dengan syaitan.. mintak2 la kita x termasuk golongan yg kalah atau gagal dalam ujian.. yelah, hidup kita di dunia ni kan semata-mata adalah ujian... siapa yg berjaya, masuk syurga, yg gagal masuk neraka...Na'uzubilLah!

mintak2 la kita termasuk golongan yg berjaya, dunia & akhirat... "Ya Allah, permudahkanlah  segala kesukaran"..

begitulah jgk doa yg selalu diucapkan oleh Nabi junjungan...


Sunday, March 20, 2011

loving you is a mess!!

I can’t take one more step towards you,.. cause all that’s waiting is regret.! And don’t you know I’m not your ghost anymore?? I think you've lost the love I loved the most... And who do you think you are? Running around leaving scars,collecting your jar of hearts and tearing love apart??.. You’re gonna catch a cold from the ice inside your soul!!


Friday, March 18, 2011

buat tensen je pun..

Ada sorang kawan ni,.. dia suka sangat dekat sorang budak pompuan.. dah 14 tahun dah dia tunggu budak ni.. dulu x berani nak ngorat, pastu sekarang dah ngorat, x jalan pulakk.. budak pompuan tu memang sombong banget.. so, dengan susah hatinya, kawan ni duk mintak pendapat.. nak buat camana? X larat dah nak mikir.. katanya..
Moral of the story; kadang2 x semesti bila kita sayangkan seseorang, maka orang tersebut akan sayangkan kita jgk.. Pastu nak buat camana? Xleh buat apa2 la.. Bukan buleh nak paksa2.. sabor je ler Kieran oii..
Tapi bila difikirkan, buat apa nak sayangkan orang yang x sayangkan kita? Sayangilah orang yang sayangkan kita.. Buat apa la sesuatu tu wujud kalau x de manfaatnya..?  Buat apa ada orang tersayang kalau nyakitkan hati je? Baik la xde je terus kan senang.. Buleh cari lain.. X gitu? Ada pun buat sakit hati je.. Bak kata omputeh; "I've held this feelings these past fourteen years~!!! And you've stepped all over them!! Now that I know you have no feelings for me..Your existence is an eye sore..!!   Die you~!!!"
      Tapi hakikatnya tidak semudah itu.. Sebab,.. Perasaan sayang ni bukan boleh di buat2 dan bukan boleh di-halang2.. Dah sayang nak buat camner... Bukan buleh dipadam senang2.. Sabor je lerrr..

Tuesday, March 15, 2011

cuti sekolah...

rasa nak gi jalan2 K.L... tp macam x logik lak.. sebabnya, adik pompuan yg kerja kat Pahang pun balik sini,.. abang yg kerja kat Penang pun balik sini....  xkan la kita yg duk kat sini nak gi bercuti kat tempat lain lak.. time ni la nak rapat2 kan hubungan adik beradik.. x gitu?.. pastu bila lg nak gi K.L...? soalan yg tiada jawapan... maybe tunggu bulan 6 ni la..

Monday, March 14, 2011

The False Messiah is coming home 2012.. omg! the day is coming!


I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming


Back where I belong, yeah I never felt so strong
(I’m back baby)
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
(put your hands high)
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you

I hear “The Tears of a Clown”
I hate that song
I feel like they talking to me when it comes on
Another day another Dawn
Another Keisha, nice to meet ya, get the math I’m gone
What am I ‘posed to do when the club lights come on
Its easy to be Puff, its harder to be Sean
What if the twins ask why I aint marry their mom (why, damn!)
How do I respond?
What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
Another night the inevitible prolongs
Another day another Dawn
Just tell Taneka and Taresha I’ll be better in the morn’
Another lie that I carry on
I need to get back to the place I belong

I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming


“A house is Not a Home“, I hate this song


Is a house really a home when your loved ones are gone
And n-ggas got the nerve to blame you for it
And you know you woulda took the bullet if you saw it
But oyu felt it and still feel it
And money can’t make up for it or conceal it
But you deal with it and you keep ballin’
Pour out some liquor, play ball and we keep ballin’
Baby we’ve been living in sin ’cause we’ve been really in love
But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home
Pick up your phone, come on

I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming


“Ain’t No Stopping Us Now“, I love that song
Whenever it comes on it makes me feel strong
I thought I told y’all that we won’t stop
We back cruising through Harlem, Viso blocks
It’s what made me, saved me, drove me crazy
Drove me away than embraced me
Forgave me for all of my shortcomings
Welcome to my homecoming
Yeah it’s been a long time coming
Lot of fights, lot of scars, lot of bottles
Lot of cars, lot of ups, lot of downs
Made it back, lost my dog (I miss you BIG)
And here I stand, a better man! (a better man)
Thank you Lord (Thank you Lord)

I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming



The Day Is Coming...


2012...
Gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, ribut taufan & banjir besar melanda dunia.. 
Amerika syarikat akan hancur dan musnah dalam masa seminit..
Dajjal akan muncul dengan menaiki piramid..
Mengaku sebagai penyelamat  manusia..
Mengaku sebagai tuhan semua agama..
Mengaku sebagai Al-Masih Isa..
Tuhan Matahari..

Dialah Al-Masih Dajjal, The False Messiah, The Antichrist..
Pemimpin bala tentera Yakjuj & Makjuj,
Iaitu seluruh warga kuffar bersekutu,
Pemimpin Zionis & Yahudi,

Peperangan Armegeddon bakal bermula..


piramid 'all seeing eye' mata satu.. kat note 1 dollar.. cuba tengok note rm 1.. ada jugak.. kalu x caya cuba tengok salah satu 'mata' kut belakang,. kat bawah cahaya..  selamat mencuba.. u'll be amazed..
holy bible?
piramid mata satu lagi..
illuminati..
flying pyramid.. saper yg drive? makhluk hybrid..

pyramid with the symbol of Ra (the egyptian sun god) as the 'all seeing eye'.. really amazing how they all related..

symbol of Ra-the egyptian sun god

macamana lak kristian blh ada kena mengena dgn simbol matahari?
tuhan kristian-matahari di belakang kepala
tuhan budha-matahari di belakang kepala
tuhan hindu-matahari di belakang kepala
jesus=ra(the egyptian sun god)
's' is for 'Savior' or 'Superman' or 'Samiri'?(the real name of dajjal)
'Samiri'man..  what a funny name u got..lol..
Rasulullah S.A.W melarang kita berdepan dengan dajjal walau sekuat manapun iman kita kerana fitnah dajjal yang sangat besar..

cara untuk mengelakkan daripada fitnah dajjal;
1.Membaca doa perlindungan daripada fitnah dajjal selepas tahiyat akhir setiap kali solat
2.Melarikan diri & bersembunyi
3.Membaca sepuluh ayat awal dan sepuluh ayat akhir surah Al-Kahfi sekiranya berdepan dengannya

Dajjal; kehadirannya memang pasti, cuma lambat atau cepat... sama2 kita mohon perlindungan agar diselamatkan dari fitnah al-masih dajjal.. 

Thursday, March 3, 2011

sambil kerja, sambil bergumbira...

pagi esok, khamis 3hb mac 2011, kat sekolah ada majlis sambutan maulidur rasul dan kesyukuran..  sambutan maulidur rasul tu macam biasa la, setiap tahun mesti buat.. cuma tahun ni buat serentak dengan kenduri kesyukuran kerana kejayaan sekolah memecah rekod dalam peperiksaan UPSR tahun lepas...  tahun lepas (2010) 36 orang dapat 5A.. tahun sebelum tu (2009) 26 orang dapat 5A.. kiranya melonjak naik agak banyak jugak la.. (sebenarnya tahun 2009 tu pun dah pecah rekod jugak dah)

maka, bagi meraikan kejayaan sekolah, pihak PIBG telah menaja seekor lembu untuk jamuan kesyukuran yg akan diadakan esok serentak dengan majlis maulidur rasul.. jadi semua cikgu2 pun kena lah berganding bahu dan berkerja keras sikit untuk menjayakan majlis 2 dalam 1 tersebut.. cikgu2 la yg nak kena siapkan lembu tajaan PIBG tersebut supaya menjadi makanan yg boleh dimakan oleh murid2 dan para dif..

so, sebelum magrib tadi dah gi sekolah dah,.. solat maghrib kat musalla, then solat hajat mintak segala urusan berjalan lancar.. pastu pakat2 potong daging.. oleh kerana buat kerja ramai2, maka kerja pun siap dengan cepat,.. lebih kurang sejam je, sekor lembu dah dapat disiapkan.. esok pagi tinggal nak masak je..  lepas dah siap kerja lebih kurang tu, pakat2 makan lah pulak.. guru besar sponsor sate, ada cikgu sponsor nasi goreng, ada yg sponsor sayur2, ada yg sponsor 'sekor kambing panggang', dan pihak kantin lak sponsor air minuman.. so, meriah la jugak.. sambil kerja, sambil bergumbira... kerja kejap je pun, makan sambil borak2 je yg lama.. pukul sebelas lebih baru balik..


lepas buat keja, makan sate pulak..

kambing panggang pusing 'arabic style'..  makan daging kambing secukup rasa.. hohoho

Tuesday, March 1, 2011

mm.. wangi!

hari ni rasa lbh brsmangat.. kenapa ye? Oh ye, hari ni pakai minyak wangi baru.! hohoho

Tuesday, February 22, 2011

mengapakah kau pergi terlalu awal..

Abe Zain @ Dr Zain dalam kenangan..

Khamis -17 Feb 2011
Aku duk sekolah, dalam pukul 10 pagi, Abe Zain kol,.. "Demo x nak gi Tanah Merah ke petang2 ni? kita pakat gi rumah Abe Tar.." ajak Abe Zain.. Dan petang itu kami ke tanah merah,.dengan Mukmin & Simah..  sampai sana dah pukul 5.40 lebih kurang,. solat asar dulu kat surau tepi rumah Abe Tar, pastu baru naik rumah. Borak2 then bincang2.. Dek kerana duk bersila agak lama jgk, kaki Abe Zain kekejangan.. Masuk waktu maghrib pakat gi surau, sekali dgn Abe Tar.. Mukmin jadi imam.. Lepas solat kaki Abe Zain kekejangan lagi.. Terasa risau jugak tengok keadaan dia.."Tak sihat nampaknya Abe Zain ni.." Mukmin hanya mengiyakan.. Pastu sambung borak2 kat beranda pulak.. Pukul 8.15 lebih kurang, bertolak balik..Singgah solat isyak tengah jalan.. On the way tu kitorang masih lg bincang tentang macam2 perkara.. Biasalah, kalau dah jumpa memang x habis benda nak bincang.. Kadang2 berbahas pun ada, masing2 keluar hujah masing2.. Tapi malam tu Abe Zain banyak setuju je.. Lebih kurang 9.30 malam, sampai Kg Kota. Abe Zain & Simah turun kat situ, keta dia parking kat situ,.. Rumah mak dia.. Sebelum beredar sempat lagi abe zain turunkan ilmu dia buat kali terakhir; point 'acupuncture' untuk atasi masalah banyak toksik dalam darah..

Jumaat -18 Feb 2011
Duk rumah, banyak kerja.. Start pagi2 lg dah ngadap laptop.. Dapat sms dari Simah; 'abe muslim, abe zain demam teruk..klau ada msa,mari la.......'    Takleh nak pergi laa..Kerja x siap lagi.. Tp trfikir jugak, biasanya Abe Zain sendiri yg kol atau msj..Ni apesal Simah yg msj pulak? Pastu lagi, semalam ok je..Apesal pagi ni buleh demam teruk pulak?..Demam sikit je kut..  Petang tu bagitau Mukmin pasal Abe Zain.. Dia kata dia nak gi tengok.. Tapi dia pun sibuk gak..

Sabtu -19 Feb 2011
Pagi2 lagi bertolak ke Hotel Raudah.. Ada LDP(latihan dlm perkhidmatan), sampai pukul 2.30 baru habis program.. Lepas makan tu balik..Nak gi tengok Abe Zain pun, rasa letih lah pulak,. Tengok malam karang lah kalau x de kerja,..  Lepas asar kol Abe Zain.. x angkat lah pulak..Aik, pelik ni,.. x pernah lagi kol dia x angkat ni.. kol Simah baru angkat.. "Macamana Abe Zain?"  "Makin teruk demam..Tapi xpe rasanya..Jangan risau.."   Kol Mukmin pulak, bagitau dia pasal Abe Zain.. Dia kata dia nak gi tengok.. "Ok la, kalau ada apa2 bagitau.."      Malam tu, dekat pukul 10.00,  Mukmin hantar msj; 'DrZain alami pmbengkakn hati yg kronik. td bru brtolak ke hosp bsr..tgh follw ambulan skrg..'  baca je msj terus kol Mukmin.. "Macamana Abe Zain?"  "Sekarang dah kat wad kecemasan.. Tapi xleh masuk jgk,  kena gilir2. Nanti tengok keadaan dulu,.. Nanti dah masuk wad baru bagitau balik"   Pukul 11.20 lebih kurang, dapat msj lg; 'JNTUNG STOP DUA KALI DH. MUNGKIN RISIKO KOMA/BRAINDEAD. BC FATIHAH &5 AYAT AWAL AL BAQARAH. .........'   Ah, sudah!!!.. Ini sudah serius! Sambil terpinga2 tu ambik wuduk, solat hajat then baca ayat2 suci Al-Qur'an niat supaya Abe Zain selamat.., tengah2 duk baca tu, dapat mesej lagi; 'Jenazah dbawa blk ke kgkota skrg.'   Rasa dunia berhenti berpusing.... terus start keta & menuju Kg. Kota... Sampai tu, jenazah masih belum sampai.. 10 minit lebih kurang kereta jenazah pun sampai.. Pakat angkat,..  Betul la,.. Abe Zain dah x ada.. Sayu je perasaan.. Rasa bersalah pun ada,..Apesal aku x pergi tengok dia semalam? Petang tadi?
Lebih kurang pukul 2 pagi balik rumah.. Nak tido tapi x boleh nak lelapkan mata.. Entah pukul berapa baru terlena.. Mimpi jumpa Abe Zain.. Abe Zain senyum je,.. "It's ok.." itu je yg aku ingat kata2 Abe Zain dalam mimpi tu..yg lain x ingat,.. tapi aku memang pasti ada wajah Abe Zain dalam mimpi tu.. Maybe mainan tidur,..Sebab aku teringat sangat kat dia.. Tapi masuk tidur tu dalam wuduk... Wallahu a'lam..

Ahad - 20 Feb 2011
Still terkejut, kuatkan semangat gi kerja.. Mintak keluar awal sikit, terus ke rumah keluarga Abe Zain.. Masa tu pukul 1.00 tengah hari lebih kurang..  Sampai tu Abe Zain baru siap dimandikan,.. Then kafan,.. Yg peliknya, jenazah langsung x keras.. wajah pulak tenang je,..sejuk je hati nengoknya.. Pastu pakat cium & tengok buat kali terakhir.. Masa kucup dahi dia tu tiba2 rasa tenang je.. buat seketika hilang semua perasaan sedih.. Rasa nak kucup lagi sekali .. Tapi, ramai lg duk tunggu.. Sedang sanak saudara dia kucup & tengok dia kali terakhir tu sedang elok azan Zohor berkumandang.. Bawak ke masjid, sampai je masjid sedang elok iqamat.. Terus solat zohor, solat jenazah,..Then ke kubur.. Perjalanan terakhir Abe Zain di dunia ini..

Semoga tenang dan berbahagia di sana..

Abe Zain...
teman yang paling baik,
paling bertimbang rasa,
tidak mementingkan diri,
 tiada rahsia disembunyi,
benar2 memahami,
 yang berkongsi rasa hati,
yang benar2 membantu,
yang tidak kedekut ilmu,
tidak pernah berbelah bahagi,
walaupun sedikit memadai untuk dirinya sendiri, masih sudi berkongsi,
terlalu murni d hati sanubari..

Monday, February 21, 2011

hidup mesti terus...

hidup ini sementara..
tiada yg kekal kecuali Sang Pencipta..

apabila saat perpisahan tiba..
kita semua pasti akan pergi jua..

walau betapa kita enggan melepaskan mereka..
namun mereka sudah bersedia meninggalkan kita..

yg pergi, doakan mereka kesejahteraan.. 
yg hidup, perjalanan masih perlu diteruskan..

semoga berbahagia di sana,
abe zain..

Saturday, February 19, 2011

bila rasa gembira,..

hari ni duk siapkan laporan.. seharian ngadap laptop..ada la sikit rasa nk muntah.. tp petang td kluar gi bank kejap pastu rehat2 skt.. malam sambung kerja balik.. 10 minit nak pukul 12 tgh malam baru blh email laporan yg susah2 disiapkan tersebut..pas-pas je deadline..ho3.. tp yg x best sikitnya, dah la cuti sehari je minggu ni.. esok kena gi LDP(latihan dalam perkhidmatan) kat hotel raudhah.. nak kena pakai batik lak tu.. aduuu.. baju batik nak pakai esok x gosok lg ni..! 

tp rasa2 la, bila hati kita gembira,.. buat kerja pun rasa x letih sangat.. mungkin sebab fikiran kita x fokus sgt kat kerja kita tu..fikiran duk terawang-awangan...duk ingat benda lain.. buktinya semalam lepas balik sekolah tu, mandi2, solat, terus start keta, gi ambik Mukmin(abg sulung aku), abe zain & simah(bini abe zain) then drive ke Kg Kuala Tiga, kat Ladang Kerila, Tanah Merah.. jauh jugak la,.. dah dekat2 nak sampai Jeli dah.. pegi tu sbb ada urusan persatuan.. on de way tu sambil drive sempat lg berurus niaga kut fesbuk..dasyat tul..! Drive pun x rasa letih..hoho. lepas maghrib tu balik.. gi hantar diorang dulu.. sampai umah kul 10+ mlm..tp x rasa letih pun.. sampai je kat umah, belasah megi 2 bungkus.., pastu duk rehat kejap,.. tau2 dah lena..ha3.. bila bangun pagi tadi rasa bersemangat je nk siapkan laporan pulak.. atas sebab2 tertentu bermula tengah hari semalam sampailah hari ni rasa gembira semacam je..walaupun sebelum tu rasa nak minum air kotak perasa coklat je sbb nak hilangkan rasa sedih.. biasala hidup dunia ni,.. ada sedih, ada gembira.. yg penting agi idup agi selamba..!

AlhamdulilLah,..

Tuesday, February 15, 2011

Banggol Che Dol

hari ni cuti sempena maulud.. x gi mana2 pun.. sebenarnya kena gi balai Islam Lundang pukul 9.00 pagi tadi..sebab ada rakaman al-kulliyah tv3 tu.. pasal sambutan molod ni la jugak tu.. tp x pegi pun.. oh ye pegi satu tempat pagi tadi..  iaitu Banggol Che Dol.. suatu tempat yg aman damai, tenang, dan merehatkan..  lama jugak pegi sana tadi.. lepas bangun dalam pukul 5.45 pagi tu, solat subuh, pastu dalam pukul 7.15 tu dah bertolak.. pukul 11 lebih baru balik.. lama jugak.. 

sebenarnya malas jugak nak gi sana tapi xleh buat camana la, dah terpaksa.. sebabnya, semalam banyak sangat aktiviti,..maklumlah malam cuti.. bermula dengan mesyuarat(politik punya hal) kat dewan dotdotdot.. pukul 9.30 - 11.15 mlm, pastu perjumpaan sambil minum2(politik jgk) kat kedai makan berdekatan dengan traffic light ke Tesco sampai kul 1.30 pagi.. pastu gi rumah abe zain pulak kat Cherang,..borak2 sampai kul 4.00 pagi.. lebih kurang 4.30 pagi baru sampai rumah.. pastu takleh nak lelap pulak dah.. entah pukul berapa baru terlelap.. 5.45 pagi bangun dah,..sakit perut..mesti kuah roti canai semalam punya pasal..tak pun kuah laksa,..boleh jadi jugak bihun kat tempat mesyuarat tu..   

tahukah anda,.. apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan 'Banggol Che Dol' tu? kalau nak tau, 'Banggol Che Dol' ni adalah suatu nama panggilan yg hanya diketahui oleh sesetengah orang tua2 di kelantan.. cara sebutnya pulak kena ikut pelat kelantan.. sebut betul2..; "banggo che' do"..  iaitu panggilan manja kepada "tido".. hohoho

Sunday, February 13, 2011

u r what u think..!

            anda adalah apa yg anda fikirkan.. buktinya, apakah beza antara seorang yang berjaya dengan seorang yang gagal? apakah bezanya diri kita dengan seorang yg bergelar jutawan? apa bezanya seorang penagih dadah dengan Mark Zuckerberg(CEO of Facebook) atau pun Steve Jobs(co-founder and chief executive officer of Apple)?  itu kalau kita nak bandingkan dengan orang yg berjaya secara keduniaan.. kalu kita  nak banding dengan orang yang berjaya secara kerohanian pun boleh jugak.. apa bezanya seorang tukang kebun dengan Yusuf al-Qardhawi(Egyptian Islamic theologian,head of the European Council for Fatwa and Research, etc) atau Allahyarham Ahmad Deedat(Muslim scholar of comparative religion, an author, lecturer, & an orator).?

jawapannya ialah;...

yang berbeza hanyalah fikiran!!.. memanglah dari segi rupa paras tu ada 'variasi'nya, namun dari segi fizikal tiada bezanya antara seorang manusia dengan manusia lain...  kita semua ada satu kepala, dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, satu jantung, satu otak, dua paru-paru, dua buah pinggang dan lain2 lg.. begitulah juga dengan manusia lain, sama ada mereka itu manusia yg gagal mahupun manusia yg berjaya..

lainlah halnya kalau kita membandingkan diri kita dengan seekor ikan paus atau sebatang pokok pisang.. memanglah berbeza.. ataupun sekiranya kita membandingkan diri kita dengan orang yg cacat anggota badan... pun berbeza jugak.. tapi yg ironisnya, ada jugak sesetengah orang yg cacat fizikal boleh lebih berjaya daripada orang yg sempurna tubuh badan..

namun persoalannya di sini, macamana kita nak berfikir sama seperti orang berjaya berfikir??.. macamana nak ubah cara berfikir kita supaya kita jadi manusia yg berjaya? caranya senang aje iaitu; sentiasa berfikiran positif !.. pastikan kita sentiasa berfikiran positif.. macamana pulak nak berfikir positif?

ada 3 langkah mudah untuk berfikiran positif..

langkah 1- kenal pasti pernyataan negatif.

tanpa kita sedari, sebenarnya dalam kehidupan harian kita banyak pernyataan yg kita buat sebenarnya merupakan pernyataan yg negatif. sebagai contoh; kita biasa dengar seseorang berkata;

"aku tidak mahu menjadi seorang yg gagal" atau "saya tidak mahu menjadi seorang ibu yg garang" atau "saya bukan seorang murid yg malas" atau "jangan jadi mat rempit" atau "aku bukan penipu" atau "aku bukanlah seorang pekerja yg tidak bertanggungjawab" dan macam2 lagi ayat2 yg sama waktu dengannya...

walaupun jika kita meneliti maksud pernyataan2 di atas tadi kita mendapati maksud dan niatnya adalah baik, namun sebenarnya pernyataan2 sebegini adalah pernyataan negatif! kenapa? kerana kita menyebut apa yg kita tidak inginkan. dan apabila kita menyebut perkara2 negatif yg kita tidak inginkan tersebut, sebenarnya otak kita sudah pun memproses perkara2 negatif yg kita sebutkan.. kemudian barulah otak kita menjalankan kerja kedua iaitu cuba menolak kembali perkara2 negatif tersebut.. ini membazirkan tenaga otak kita. malah mungkin otak kita tidak mampu menolak keseluruhan perkara negatif yg telah kita sebutkan dan lebih malang lagi, perkara2 negatif tersebut terlekat di 'minda bawah sedar' kita seterusnya sedikit sebanyak kita terpengaruh dan ter'arah' untuk menjadi seperti apa yg kita sebenarnya tidak inginkan.. buktinya, cuba baca dan ikut arahan ayat berikut;(boleh juga jika anda cuba perdengarkan ayat berikut kepada orang lain sebagai uji kaji)

"JANGAN BAYANGKAN TENTANG SEEKOR GAJAH BERWARNA MERAH JAMBU, DI ATASNYA TIADA SEEKOR MONYET BERWARNA UNGU DAN MONYET TERSEBUT TIDAK MEMEGANG PISANG BERWARNA KUNING..

sekarang apakah yg ada di dalam fikiran anda?  Tentu kita akan terbayangkan seekor gajah berwarna merah jambu, di atasnya seekor monyet berwarna ungu dan monyet tersebut memegang pisang berwarna kuning.. betul tak?  selepas itu barulah kita cuba untuk memadamkan bayangan tersebut.. namun setakat mana kita berjaya memadamkannya?   sedangkan sebenarnya apa yg perlu ada di dalam fikiran kita hanyalah 'KOSONG'!.. kerana kita tidak perlu membayangkan apa2!  ini membuktikan bahawa sebenarnya setiap pernyataan negatif kita hanya akan membazirkan tenaga otak kita dan pada masa yg sama perkara2 yg kita tidak perlu dan tidak inginkan juga akan turut terlekat di dalam minda kita..


gajah berwarna merah jambu, monyet berwarna ungu, pisang berwarna kuning..


 
















langkah 2 - buat pernyataan positif

setelah kita kenal pasti dan hindari pernyataan2 negatif, maka seterusnya kita kenalah buat pernyataan yg positif banyak2.. apa saja, asalkan positif yg kita inginkan & mengikut keperluan kita.. contoh yg kita biasa dengar; 'aku nak jadi seorang pelajar yg cemerlang' atau 'aku seorang pekerja yg berdisiplin' atau 'aku nak jadi seorang ibu yg penyayang'  atau 'aku adalah sorang warganegara yg bertanggung jawab'..

bilakah kita kena buat pernyataan2 positif tersebut?.. bila2 masa shj.. sambil2 duk rilek, bila teringat dekat sesuatu kerja, atau sebelum tidur.. antara masa yg paling bagus ialah sebelum tidur dan selepas bangun tidur masa tengah fresh2 lagi tu.. 

bila kita selalu sebut pernyataan2 positif ni, maka dengan tanpa kita sedari, otak kita akan terima dan proses pernyataan2 tersebut dan seterusnya tanpa kita sedari minda bawah sedar kita akan memandu kita menjadi  seperti yg telah kita nyatakan.. kan semua kata2 kita itu adalah doa... dalam erti kata lain, sebenarnya apabila kita buat pernyataan positif ni kita sebenarnya sedang 'pasang niat'.. niat yg baik pulak tu..dapat pahala on the spot..  sbg contoh, bila kita kata, 'aku nak jadi seorang anak yg soleh, yg berbakti kepada ibu bapa..' bila kita sebut tu dgn sepenuh penghayatan, dan sepenuh keinginan, maka secara automatiknya segala tingkah laku kita lepas tu pun akan menuju ke arah yg kita sebutkan tadi la.. takkanla bila kita sebut dengan penuh penghayatan, dan sepenuh keazaman, alih2 bila ibu bapa kita mintak tolong sikit pun tak boleh kita nak tolong kan? mesti kita akan terfikir, inilah masanya aku nak berbakti sikit dekat ibu bapa aku macam yg aku inginkan... macam tu lah jugak bila kita buat pernyataan2 lain..

langkah 3 - hayati pernyataan positif anda..

langkah terakhir ialah, hayati dan fahami betul2 pernyataan positif yg kita buat dan seterusnya cuba detailkan lg.. sebagai contoh; bila kita kata; "aku nak jadi seorang pekerja yg cemerlang" maka kita jangan berhenti setakat itu, kita kenalah betul2 fahami, apakah kerja kita, apakah tanggungjawab yg mesti kita tunaikan dalam kerja kita tu supaya kita menjadi pekerja yg cemerlang,

kalau kita seorang guru sebagai contoh, maka kita kena faham bahawa tanggung jawab kita meliputi, murid2 kita, ketua jabatan kita, pihak pengurusan sekolah, kawan2 sejawat dan para ibu bapa.. kita kena pastikan murid2 berjaya, faham apa yg diajar, menjadi manusia, buleh jawab periksa, dan lain2 lagi.. dengan ketua jabatan pulak, biar dia puas hati dengan kerja kita, sokong apa saja keputusan dia untuk kebaikan sekolah dan murid2, bantu dia menjayakan misi dan visi sekolah, dan apa jua program yg dijalankan,.. dan begitulah seterusnya..

selepas kita dah faham betul2 apa yg kita inginkan secara terperinci, maka kita buatlah pernyataan2 yg lebih terperinci pulak.. contohnya; "aku akan pastikan murid2 aku berjaya" "aku akan pastikan murid2 faham apa yg aku ajar" "aku akan jadi contoh yg baik supaya murid2 aku jadi manusia yg baik" "aku akan didik murid2 macam aku didik anak aku sendiri" "aku akan ajar murid2 aku sampai buleh keputusan peperiksaan yg baik" dan begitulah jugak seterusnya... insyaAllah, Tuhan akan tolong kita dan membawa minda bawah sedar kita menuju ke arah yg kita niatkan..
 selamat mencuba..

Saturday, February 12, 2011

kisah mesyuarat iblis..

semalam gi rumah member.. (tp member sorang ni, nak kata member sgt tu x jgk, sbb dia lebih tua,..masa aku baru masuk main campus UM dulu dia dah jd lecturer dah kat situ.. kira macam senior la, tapi dia lecturer fakulti lain la.. aku panggil dia abe zain..) dia buat solat hajat naik rumah.. then mcm biasa mesti ada makan2 punya.. lepas makan tu lepak2 sambil borak2.. so borak2 tu terkeluarlah kisah mesyuarat si iblis.. kisah ni memang dah ramai orang tau, cumanya mungkin terlupa ataupun x berapa menghayati je..(macam aku sendiri..huhu)  kisahnya macam ni;

apabila Tuhan memberi jaminan kepada manusia yakni anak2 Adam bahawa walau apa sekalipun dosa mereka Dia akan menerima taubat mereka sehinggalah nyawa anak2 Adam tersebut berada di tenggorokan,.(sampai sebelum nyawa dekat2 dicabut la maksudnya) maka terkejutlah Iblis apabila mengtahui perkara tersebut.. lalu ia pun memanggil mesyuarat tergempar.. dalam mesyurat tersebut berkatalah iblis kepada anak2 buahnya: "camana kita nak buat ni? sia2 lah kerja kita menyesatkan manusia kalau camni,.. penat2 goda, pastu manusia pun bertaubat, Tuhan pun terima taubat & ampunkan mereka,.. so, x ramai la masuk neraka sekali ngan kita nanti.." maka jawablah seekor syaitan; " kita memang xleh nak halang Tuhan daripada terima taubat manusia, so apakata kalau kita goda manusia supaya menangguhkan taubat..? kita bisikkan kat diorang ni camni; 'ala relekslah beb, kita kan muda lagi, nanti tua taubatlah.. sempat lagi ni,..lambat lagi nak mati..jangan duk fikir sgt pasal mati tu..' .." maka iblis pun setujulah dgn cadangan tersebut.. katanya; "that's hell right bro! you're damn f***in' genius!! so, what the hell are we waitin' for?! let's go get'em all!!!"(tu aku saje je buat ayat kasi nampak rock sikit..dah namanya setan..mestila ayat pun cam setan kan..)

kesimpulannya, jangan tangguh2 taubat.. sbb mana tau kut2 mati mengejut ke.. sakit jantung ke, eksiden ke, x ke naya? so, bawak2 le bertaubat segera.. kalau terbuat dosa tu, cepat2 la bertaubat serta merta..jangan duk tangguh.. sambil duk rilek2 mahu pun sambil buat kerja, apa salahnya kalau mulut tu ber'istighfar' dan niat kat dalam hati nk mintak ampun atas dosa2 kita,. sama ada dosa kita yg tertentu ataupun seluruh dosa2 kita secara umum.. semoga kita semua sempat bertaubat dan diampunkan atas dosa2 kita..

'agi idup agi selamba' pun kena maintain taubat bila buat dosa.. jgn 'agi idup agi selamba,pastu bila mati baru nak ngelabah'.. yg kita harapnya ialah, 'agi idup agi selamba, pastu bila mati pun selamba ugak' so, cepat ucap; Astaghfirullah al-Adzhim.. ;)

Friday, February 11, 2011

kem kepimpinan dak2 pengawas ni ha..

 k.inah dengan semangatnya meneruskan upacara pembakaran...ayam.. untuk cikgu2 je.. budak2 makan kuih je la..

 tikah tu..

 lepas kenyang makan ayam, diteruskan lagi dengan sesi 'membuka kelab bual' sambil tunggu budak2 keluar dewan..
tikah lagi.. tikah ni sebenarnya anak mangsa perceraian.. mak duk k.l., ayah duk bangkok, tinggalla dia dgn pengasuh kat sini..pengasuh tu kawan atuk dia.. kesian,. budaknya pandai..


6-8 feb 2011 aritu, sekolah kitorang anjurkan kem kepimpinan untuk pengawas & ketua darjah, kat kem putra, kampung chengal, peringat.. ok jgk la, blh release tension skt,.. lari dari kesibukan kota dan seterusnya mnghirup udara nyaman sambil x payah gi skolah sekali skala memang refreshing la jgk.. cikgu2 blh duk kat chalet ber'aircond' yg disediakan, sambil makan free.. budak2 ni smua fasi dia yg urus,.. memang refreshing! 

Thursday, February 10, 2011

Mana pulak Hamid ni..?

Mana pulak cikgu Hamid ni? Oh ya, skrg ni duk kat Tesco ni.. Sbnarnya bukan suka sgt mai tesco ni..xde aweks cun sgt pun.. Sbenarnya td lepas habis kelas tu Hamid ni ajak gi rumah cikgu Kadir(bekas pgawai JPN.skrg dh pencen) sbb nk ambik surat plantikan...(politik punya citer..malas nk mention kt sini..) so,alang2 dah kluar tu singgah kejap..sbenarnya nk cari tempat nk minum air je.. Pastu Si Hamid ni nk beli speaker untuk anak dia main game pulak..alang2 dah singgah.. Eh, cun jgk aweks tu..

raya rumah cikgu Sim



aritu masa hari raya cina(3 hb 2) kitorang geng2 cikgu lelaki telah sedaya upaya untuk meraikan cikgu Sim yg mrupakan PK HEM sekolah kitorang.. yg dimaksudkan dgn sedaya upaya tersebut ialah sebab rumah cikgu Sim ni agak jauh sedikit.. kat Tok Bali nun.. naik keta tu sejam lebih la jgk.. 1st taim gi raya cina kat umah orang cina... acceli nama penuh cikgu Sim ni ialah Sim Beng Ho (walaupun cikgu besar selalu panggil dia Sim Bin Ho)..  satu lagi, rumah dia yg sebenarnya x jauh (kat pasir tumbuh je) tapi disebabkan dia buat sambutan hari raya dia dekat rumah family dia maka jauh la skt.. berkumpul kat skolah, bertolak pukul 10 pagi lebih2, sampai dalam pukul 12 lebih, makan2( menunya ialah; nasi dagang, nasi minyak, sate, buah2an dan pencuci mulutnya orang 'kelantam' panggil butir nako@butir nangka) and borak2 sampai kul 1 lebih kurang, kitorang pun mintak diri,..otw balik tu singgah beli ikan segar then balik.. sampai dalam pukul 2 stengah.. letih gak walaupun tido je dalam keta..haha

Wednesday, February 9, 2011

Testing2 1,2,3..

Hari ni nk testing nulis blog guna henset.. Xtau lg jd ke x ni.. Kalu jd, blh la pasni 'post' guna henset je.. Kalu x jd, nk kena beli henset lain la nampaknya..kuakuakua.. Tp sekiranya anda terbaca post ini brmakna henset buruk ini masih brguna..hohoho

Tuesday, February 8, 2011

nak start nulis..

salam..

sebenarnya lama dah ada blog ni.. tp malas nak start tulis.. malas nak update.. tapi rasanya nak start dah ni.. boring dah fesbuk..rasa x berapa bebas.. x buleh nk tulis panjang2.. pastu mesti orang baca punya.. kalu blog ni x tau ada orang baca ke tak.. tulis ni sebenarnya bukan nak suruh orang baca sgt pun.. saja nk luahkan perasaan sendiri je.. oklah, cukupla utk pembukaan,.. caiyok! 'agi idup agi selamba'.. ok!