Saturday, February 12, 2011

kisah mesyuarat iblis..

semalam gi rumah member.. (tp member sorang ni, nak kata member sgt tu x jgk, sbb dia lebih tua,..masa aku baru masuk main campus UM dulu dia dah jd lecturer dah kat situ.. kira macam senior la, tapi dia lecturer fakulti lain la.. aku panggil dia abe zain..) dia buat solat hajat naik rumah.. then mcm biasa mesti ada makan2 punya.. lepas makan tu lepak2 sambil borak2.. so borak2 tu terkeluarlah kisah mesyuarat si iblis.. kisah ni memang dah ramai orang tau, cumanya mungkin terlupa ataupun x berapa menghayati je..(macam aku sendiri..huhu)  kisahnya macam ni;

apabila Tuhan memberi jaminan kepada manusia yakni anak2 Adam bahawa walau apa sekalipun dosa mereka Dia akan menerima taubat mereka sehinggalah nyawa anak2 Adam tersebut berada di tenggorokan,.(sampai sebelum nyawa dekat2 dicabut la maksudnya) maka terkejutlah Iblis apabila mengtahui perkara tersebut.. lalu ia pun memanggil mesyuarat tergempar.. dalam mesyurat tersebut berkatalah iblis kepada anak2 buahnya: "camana kita nak buat ni? sia2 lah kerja kita menyesatkan manusia kalau camni,.. penat2 goda, pastu manusia pun bertaubat, Tuhan pun terima taubat & ampunkan mereka,.. so, x ramai la masuk neraka sekali ngan kita nanti.." maka jawablah seekor syaitan; " kita memang xleh nak halang Tuhan daripada terima taubat manusia, so apakata kalau kita goda manusia supaya menangguhkan taubat..? kita bisikkan kat diorang ni camni; 'ala relekslah beb, kita kan muda lagi, nanti tua taubatlah.. sempat lagi ni,..lambat lagi nak mati..jangan duk fikir sgt pasal mati tu..' .." maka iblis pun setujulah dgn cadangan tersebut.. katanya; "that's hell right bro! you're damn f***in' genius!! so, what the hell are we waitin' for?! let's go get'em all!!!"(tu aku saje je buat ayat kasi nampak rock sikit..dah namanya setan..mestila ayat pun cam setan kan..)

kesimpulannya, jangan tangguh2 taubat.. sbb mana tau kut2 mati mengejut ke.. sakit jantung ke, eksiden ke, x ke naya? so, bawak2 le bertaubat segera.. kalau terbuat dosa tu, cepat2 la bertaubat serta merta..jangan duk tangguh.. sambil duk rilek2 mahu pun sambil buat kerja, apa salahnya kalau mulut tu ber'istighfar' dan niat kat dalam hati nk mintak ampun atas dosa2 kita,. sama ada dosa kita yg tertentu ataupun seluruh dosa2 kita secara umum.. semoga kita semua sempat bertaubat dan diampunkan atas dosa2 kita..

'agi idup agi selamba' pun kena maintain taubat bila buat dosa.. jgn 'agi idup agi selamba,pastu bila mati baru nak ngelabah'.. yg kita harapnya ialah, 'agi idup agi selamba, pastu bila mati pun selamba ugak' so, cepat ucap; Astaghfirullah al-Adzhim.. ;)

No comments:

Post a Comment