Friday, September 2, 2011

ramadhan dah berlalu.. skarang nak buat apa pulak?..

rasanya lama sgt dh x nulis kat sini.. xder mood + sibuk + malas.. dah dekat2 dua bulan kut.. xpun lebih dah..
so, hari ni rasa ada nk tulis sesuatu la plk.. hari ni 2hb september 2011.. bersamaan hari raya keempat 1432 hijriah.. kebetulan hari ni hari jumaat.. dan seperti mana biasanya, hari jumaat kena la gi sembahyang jumaat.. sebelum sembahyang jumaat mesti la kena dengar khutbah jumaat dulu.. ye tak? so, khutbah jumaat tadi agak bagus jgk.. semoga Allah merahmati tok imam yg baca khutbah tu tadi dan juga kepada orang yg karang teks khutbah tu.. dan berkaitan dgn khutbah tu jugalah yg aku nak catatkan di sini serba sedikit.. semoga aku x terlupa..hoho

apa yg dapat aku rumuskan dari khutbah tadi ialah, ianya berkenaan latihan dan amal ibadat yg telah kita buat pada bulan ramadhan yg lepas dan seterusnya apa yg patut kita buat selepas berlalunya ramadhan macam sekarang ni... sekurang-kurangnya ada 5 perkara yg patut kita buat.. ini perlu supaya kita terus kekalkan prestasi kita di sisi Tuhan.. sebab kita ni hamba Tuhan, bukannya hamba ramadhan.. so, walau bulan apa skali pun kita kena tetap berkelakuan seperti hamba Tuhan.. bukan pada bulan ramadhan shj.. perkara yg perlu kita lakukan ialah;

1) bangun awal setiap hari seperti kita bangun sahur masa bulan ramadhan aritu, walaupun kita xnak bersahur.. supaya kita boleh buat ibadat.. ikut la nak solat ke, nak zikir ke, nak baca qur'an ke.. dan yg lebih penting lagi kita x terlewat solat subuh.. dan kalu blh, solat subuh berjemaah di masjid.. (bagi org lelaki la..) kalu bulan posa aritu blh bangun pukul 4.30 pagi, takkan sekarang x leh nak bangun pukul 5.30 pagi?.. tapi agak2 la,. malam tu kena la tidur awal skt..

2) jaga semua solat fardhu.. kalu dulu masa ramadhan kita solat fardhu awal dan berjemaah di masjid, maka sekarang dan seterusnya pun kena la macam tu jgk.. tapi kalau dalam bulan ramadhan dulu pun solat akhir2 waktu je...xleh nak kata apa la.. tapi apa2 hal pun, masih belum terlambat untuk berubah ke arah yg lebih baik.. selagi masih bernyawa..

3) amalan sunat.. teruskan amalan2 sunat yg kita amalkan sebelum ni.. x kira la, solat sunat ke, zikir2 ke, dengar tazkirah ke,sedekah ke.. ye la, sekarang ni solat terawih pun dah x payah buat dah.. so ganti la dgn usrah ke, baca buku ilmiah ke..jangan ganti dengan tengok cerita hantu kat tv3 dah le.. entah apa kaitan sambutan aidilfitri yg mulia ni dgn cerita hantu yg mengarut tu pun aku x tau la.. dah la tahyul & khurafat,.. boleh merosakkan akidah je.. buat apa la nak agung2 kan sangat setan iblis tu sampai nak kena buat cerita pasal diorang tu banyak sangat? nampak sangat ada niat nak pesongkan akidah umat Islam.. haa,.. kan dah berleter dah.. oh ye, jangan lupa puasa sunat 6 hari bulan syawal.. harap2 berjaya la tahun ni..huhu

4) teruskan membaca al-Qur'an.. mentang2 la bulan puasa haritu dah baca sampai khatam, so x payah baca dah la sampai ramadhan tahun depan pulak.. banyak la cantik.. al-Qur'an ni bukan nak kena baca masa ramadhan je.. baca la terus sebagai amalan harian supaya menjadi pendinding kita daripada kekufuran... sebab matlamat akhir kita ialah untuk memahaminya, mengamalkannya & bukan setakat baca shj.. tapi perlu dibaca selalu supaya kita dekat dengannya.. baru senang nak amal..

5) last sekali cuba elakkan dari buat perkara maksiat dan dosa.. sebab kita ni x pernah terlepas daripada pemerhatian Allah.. bukan masa ramadhan je Allah tengok sgala perbuatan kita.. dulu masa ramadhan x buat dosa sebab takut kurus posa.. so, sekarang ni bila dah x posa, sepatutnya lagi la nak kena takut.. sebab bukan kena tolak pahala, tapi ditambah dosa bagi setiap kemungkaran & maksiat yg kita buat... so, penat2 kita pohon keampunan & bertaubat masa ramadhan, xkan selamba je nak tambah dosa balik?.. hai, agi idup agi selamba pun kena ngelabah bila buat dosa.. baru buleh selamba kat akhirat nanti.. kalau x, bila dah masuk kubur, ngelabah gila la jawabnya... mintak jauh la..

harap2 mampu la nak amalkan kesemua 5 perkara tu ye.. memang la x mudah beb,. tp kalu dapat amalkan yg pertama, insyaAllah mudah nak amalkan yg kedua.. kalu dapat amalkan yg kedua, mudah la dengan izin Allah nak amalkan yg ketiga.. begitulah seterusnya.. semoga dipermudahkan oleh Allah...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4