anda adalah apa yg anda fikirkan.. buktinya, apakah beza antara seorang yang berjaya dengan seorang yang gagal? apakah bezanya diri kita dengan seorang yg bergelar jutawan? apa bezanya seorang penagih dadah dengan Mark Zuckerberg(CEO of Facebook) atau pun Steve Jobs(co-founder and chief executive officer of Apple)? itu kalau kita nak bandingkan dengan orang yg berjaya secara keduniaan.. kalu kita nak banding dengan orang yang berjaya secara kerohanian pun boleh jugak.. apa bezanya seorang tukang kebun dengan Yusuf al-Qardhawi(Egyptian Islamic theologian,head of the European Council for Fatwa and Research, etc) atau Allahyarham Ahmad Deedat(Muslim scholar of comparative religion, an author, lecturer, & an orator).?
jawapannya ialah;...
yang berbeza hanyalah fikiran!!.. memanglah dari segi rupa paras tu ada 'variasi'nya, namun dari segi fizikal tiada bezanya antara seorang manusia dengan manusia lain... kita semua ada satu kepala, dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, satu jantung, satu otak, dua paru-paru, dua buah pinggang dan lain2 lg.. begitulah juga dengan manusia lain, sama ada mereka itu manusia yg gagal mahupun manusia yg berjaya..
lainlah halnya kalau kita membandingkan diri kita dengan seekor ikan paus atau sebatang pokok pisang.. memanglah berbeza.. ataupun sekiranya kita membandingkan diri kita dengan orang yg cacat anggota badan... pun berbeza jugak.. tapi yg ironisnya, ada jugak sesetengah orang yg cacat fizikal boleh lebih berjaya daripada orang yg sempurna tubuh badan..
namun persoalannya di sini, macamana kita nak berfikir sama seperti orang berjaya berfikir??.. macamana nak ubah cara berfikir kita supaya kita jadi manusia yg berjaya? caranya senang aje iaitu; sentiasa berfikiran positif !.. pastikan kita sentiasa berfikiran positif.. macamana pulak nak berfikir positif?
ada 3 langkah mudah untuk berfikiran positif..
langkah 2 - buat pernyataan positif
langkah 1- kenal pasti pernyataan negatif.
tanpa kita sedari, sebenarnya dalam kehidupan harian kita banyak pernyataan yg kita buat sebenarnya merupakan pernyataan yg negatif. sebagai contoh; kita biasa dengar seseorang berkata;
"aku tidak mahu menjadi seorang yg gagal" atau "saya tidak mahu menjadi seorang ibu yg garang" atau "saya bukan seorang murid yg malas" atau "jangan jadi mat rempit" atau "aku bukan penipu" atau "aku bukanlah seorang pekerja yg tidak bertanggungjawab" dan macam2 lagi ayat2 yg sama waktu dengannya...
walaupun jika kita meneliti maksud pernyataan2 di atas tadi kita mendapati maksud dan niatnya adalah baik, namun sebenarnya pernyataan2 sebegini adalah pernyataan negatif! kenapa? kerana kita menyebut apa yg kita tidak inginkan. dan apabila kita menyebut perkara2 negatif yg kita tidak inginkan tersebut, sebenarnya otak kita sudah pun memproses perkara2 negatif yg kita sebutkan.. kemudian barulah otak kita menjalankan kerja kedua iaitu cuba menolak kembali perkara2 negatif tersebut.. ini membazirkan tenaga otak kita. malah mungkin otak kita tidak mampu menolak keseluruhan perkara negatif yg telah kita sebutkan dan lebih malang lagi, perkara2 negatif tersebut terlekat di 'minda bawah sedar' kita seterusnya sedikit sebanyak kita terpengaruh dan ter'arah' untuk menjadi seperti apa yg kita sebenarnya tidak inginkan.. buktinya, cuba baca dan ikut arahan ayat berikut;(boleh juga jika anda cuba perdengarkan ayat berikut kepada orang lain sebagai uji kaji)

"JANGAN BAYANGKAN TENTANG SEEKOR GAJAH BERWARNA MERAH JAMBU, DI ATASNYA TIADA SEEKOR MONYET BERWARNA UNGU DAN MONYET TERSEBUT TIDAK MEMEGANG PISANG BERWARNA KUNING..
sekarang apakah yg ada di dalam fikiran anda? Tentu kita akan terbayangkan seekor gajah berwarna merah jambu, di atasnya seekor monyet berwarna ungu dan monyet tersebut memegang pisang berwarna kuning.. betul tak? selepas itu barulah kita cuba untuk memadamkan bayangan tersebut.. namun setakat mana kita berjaya memadamkannya? sedangkan sebenarnya apa yg perlu ada di dalam fikiran kita hanyalah 'KOSONG'!.. kerana kita tidak perlu membayangkan apa2! ini membuktikan bahawa sebenarnya setiap pernyataan negatif kita hanya akan membazirkan tenaga otak kita dan pada masa yg sama perkara2 yg kita tidak perlu dan tidak inginkan juga akan turut terlekat di dalam minda kita..
langkah 2 - buat pernyataan positif
setelah kita kenal pasti dan hindari pernyataan2 negatif, maka seterusnya kita kenalah buat pernyataan yg positif banyak2.. apa saja, asalkan positif yg kita inginkan & mengikut keperluan kita.. contoh yg kita biasa dengar; 'aku nak jadi seorang pelajar yg cemerlang' atau 'aku seorang pekerja yg berdisiplin' atau 'aku nak jadi seorang ibu yg penyayang' atau 'aku adalah sorang warganegara yg bertanggung jawab'..
bilakah kita kena buat pernyataan2 positif tersebut?.. bila2 masa shj.. sambil2 duk rilek, bila teringat dekat sesuatu kerja, atau sebelum tidur.. antara masa yg paling bagus ialah sebelum tidur dan selepas bangun tidur masa tengah fresh2 lagi tu..
bila kita selalu sebut pernyataan2 positif ni, maka dengan tanpa kita sedari, otak kita akan terima dan proses pernyataan2 tersebut dan seterusnya tanpa kita sedari minda bawah sedar kita akan memandu kita menjadi seperti yg telah kita nyatakan.. kan semua kata2 kita itu adalah doa... dalam erti kata lain, sebenarnya apabila kita buat pernyataan positif ni kita sebenarnya sedang 'pasang niat'.. niat yg baik pulak tu..dapat pahala on the spot.. sbg contoh, bila kita kata, 'aku nak jadi seorang anak yg soleh, yg berbakti kepada ibu bapa..' bila kita sebut tu dgn sepenuh penghayatan, dan sepenuh keinginan, maka secara automatiknya segala tingkah laku kita lepas tu pun akan menuju ke arah yg kita sebutkan tadi la.. takkanla bila kita sebut dengan penuh penghayatan, dan sepenuh keazaman, alih2 bila ibu bapa kita mintak tolong sikit pun tak boleh kita nak tolong kan? mesti kita akan terfikir, inilah masanya aku nak berbakti sikit dekat ibu bapa aku macam yg aku inginkan... macam tu lah jugak bila kita buat pernyataan2 lain..
langkah 3 - hayati pernyataan positif anda..
langkah terakhir ialah, hayati dan fahami betul2 pernyataan positif yg kita buat dan seterusnya cuba detailkan lg.. sebagai contoh; bila kita kata; "aku nak jadi seorang pekerja yg cemerlang" maka kita jangan berhenti setakat itu, kita kenalah betul2 fahami, apakah kerja kita, apakah tanggungjawab yg mesti kita tunaikan dalam kerja kita tu supaya kita menjadi pekerja yg cemerlang,
kalau kita seorang guru sebagai contoh, maka kita kena faham bahawa tanggung jawab kita meliputi, murid2 kita, ketua jabatan kita, pihak pengurusan sekolah, kawan2 sejawat dan para ibu bapa.. kita kena pastikan murid2 berjaya, faham apa yg diajar, menjadi manusia, buleh jawab periksa, dan lain2 lagi.. dengan ketua jabatan pulak, biar dia puas hati dengan kerja kita, sokong apa saja keputusan dia untuk kebaikan sekolah dan murid2, bantu dia menjayakan misi dan visi sekolah, dan apa jua program yg dijalankan,.. dan begitulah seterusnya..
selepas kita dah faham betul2 apa yg kita inginkan secara terperinci, maka kita buatlah pernyataan2 yg lebih terperinci pulak.. contohnya; "aku akan pastikan murid2 aku berjaya" "aku akan pastikan murid2 faham apa yg aku ajar" "aku akan jadi contoh yg baik supaya murid2 aku jadi manusia yg baik" "aku akan didik murid2 macam aku didik anak aku sendiri" "aku akan ajar murid2 aku sampai buleh keputusan peperiksaan yg baik" dan begitulah jugak seterusnya... insyaAllah, Tuhan akan tolong kita dan membawa minda bawah sedar kita menuju ke arah yg kita niatkan..
selamat mencuba..langkah 3 - hayati pernyataan positif anda..

No comments:
Post a Comment