Thursday, April 21, 2011

mesyuarat..mesyuarat..

Malam2 pun mesyuarat jgk lg..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 19, 2011

akhirnya...

Hari ni wi-fi kat sekolah akhirnya dah boleh guna dah... Lama dah tunggu.. Semenjak awal tahun haritu lg x jd2.. Menurut engineer sekolah cikgu rafidi, line yg digunakan ialah line Jaring.. Kelajuan agak baik jgk.. Tp mula2 ni la..pasni x tau la lg.. Kalau streamyx ataupun celcom biasanya x menentu sgt..haha. Anyway, alhamdulilLah..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 12, 2011

apa yg penting?

apa yg penting? kerjaaa sama.. wonderpets datang membantu..haha.  

hari ni terfikir la pulak,.. memandangkan keadaan dunia sekarang ni yg tidak menentu,. apa sebenarnya perkara yg penting sekali dalam hidup kita yg kita mesti kena ingat selalu..?  jawapannya ialah; 'pastikan kita sentiasa berada di jalan yg benar'..  x kira apa yg berlaku kat dunia ni, x kira apa pun keadaan kita, hidup kita senang ke, susah ke, kita duk kat kelantan ke, duk kat K.L ke, duk amerika sekali pun,. dunia kena tsunami ke, gempa bumi ke, dunia aman damai ke, dunia nak hancur ke, dajjal dah datang ke, dah nak kiamat ke,.. yg penting sekali ialah diri kita... jaga diri kita walau di mana pun kita berada supaya sentiasa berada di jalan kebenaran,.. 

dengan erti kata lain, perkara yg paling penting bagi seseorang manusia itu ialah pegangan hidupnya.. apa pegangannya? apa yg dipercayainya? kerana, apa yg di‘imani’ dan diyakini oleh seseorang itulah yg membezakan antara seorang manusia dengan seseorang yg lain.. 

so, seterusnya, macamana nak pastikan kita ni berada di jalan kebenaran? 

Perkara pertama ialah akidah kita,.. akidah tu sebenarnya kut bahasa arab,. Kut melayunya, pegangan la,. Dan pegangan yg dimaksudkan di sini ialah pegangan tauhid kita.. tauhid tu pun bahasa arab jugak.. kut melayu nya ialah meng‘Esa’kan.. iaitu mengEsakan Tuhan.. iaitu yakini betul2 bahawa Tuhan kita ialah Allah yg Esa (yg Satu,bukan dua, bukan tiga dan bukan selain Satu) yg Maha Suci dari segala sifat makhluk.. bab Tauhid ni panjang jugak nak hurai, tp secara ringkasnya, kena yakin bahawa Allah lah Tuhan yg buat kita & alam ni, seterusnya mentadbir & urus alam ni.. dan kita hanya boleh sembah Dia sahaja.. dan jangan minta pertolongan daripada siapa2 atau benda2 yg ghaib(yg kita x nampak dgn mata kasar) selain Dia..

Perkara kedua ialah macamana kita nak menjalani hidup kita ni... senang je, jangan tinggal ibadat wajib dan buat baik sesama manusia... simple je kan..?  dan, bila ada apa2 persoalan timbul, rujuk je Al-Qur’an dan Hadis Nabi.. kalau x reti, tanya la orang yg reti.. tp kena la pilih2 jgk,. Kena orang yg dipercayai la.. pastu jangan duk tanya sorang je,.. buatnya sorang yg kita tanya tu ialah ‘ayah pin’,.. x ke naya kita.. tanya la 2,3 orang alim.. dan make sure orang yg kita tanya tu pun rujuk Al-Qur’an dan Hadis Nabi la.. ada jgk orang yg nampak alim, tapi sebenarnya main ikut2 orang je.. Al-Qur’an ke mana, Hadis Nabi entah ke mana.. 

akhir sekali, bila terbuat dosa, taubat la cepat2.. jangan tangguh2.. caranya, berenti buat benda dosa tu, cuba sedaya mungkin untuk rasa menyesal buat benda dosa tu tadi, berazam sedaya mungkin untuk x nak buat dah benda dosa tu pada masa depan dan seterusnya pohonlah keampunan dari Tuhan.. Istighfar la.. pastu kalau terbuat dosa tu lagi lain kali, maka taubatlah lagi! yelah, kadang tu hari ni dah ye2 berazam, sekali esok terbuat lagi.. kita manusia ni memang la lemah...

Kesimpulannya, kalau kita boleh pastikan pegangan kita betul maka x de apa yg kita perlu risaukan.. lagi2 kalau dunia tengah x menentu macam sekarang..  kalau dunia aman pun kita x rugi jugak.. betul tak? sebab kita memang berada di jalan yg benar.. dan insyaAllah, bila pegangan kita kuat, xde saper2 boleh sesatkan kita.. x kira ayah pin ke, dajjal ke, iblis syaitan ke..  dan bila kita berada di jalan yg benar ni kita x perlu risau dengan dunia ni,..dunia aman ke, dunia hancur ke, hidup kita senang ke, susah ke.. hatta nak mati pun x perlu risau dah.. betul x? Sebabnya, tujuan utama kita nak sangat berada di jalan yg benar ni ialah sebab kita nak selamat kat akhirat sana.. sebab kat sana lah hidup kita kekal abadi,.. kat sini hanya sementara.. 

Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan kebenaran..

Monday, April 11, 2011

puak yakjuj makjuj pengikut dajjal dah x sabar nak berperang.. siap isytihar menang pulak tu..

thirty seconds to mars - THIS IS WAR

A warning to the people
The good and the evil
This is war
To the soldier, the civillian
The martyr, the victim
This is war

It's the moment of truth and the moment to lie
The moment to live and the moment to die
The moment to fight, the moment to fight, to fight, to fight, to fight

To the right, to the left
We will fight to the death
To the Edge of the Earth
It's a brave new world from the last to the first

To the right, to the left
We will fight to the death
To the Edge of the Earth
It's a brave new world
It's a brave new world

A warning to the prophet, the liar, the honest
This is war
To the leader, the pariah, the victim, the messiah
This is war

It's the moment of truth and the moment to lie
The moment to live and the moment to die
The moment to fight, the moment to fight, to fight, to fight, to fight

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
From the last to the first

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
It's a brave new world
It's a brave new world

I do believe in the light
Raise your hands up to the sky
The fight is done
The war is won
Lift your hands
Towards the sun
Towards the sun
Towards the sun
Towards the sun
The war is won

It's the moment of truth and the moment to lie
The moment to live and the moment to die
The moment to fight, the moment to fight, to fight, to fight, to fight

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
From the last to the first

To the right
To the left
We will fight to the death
To the edge of the earth
It's a brave new world
It's a brave new world
It's a brave new world

A brave new world
The war is won
The war is won
A brave new world

I believe in nothing
Not the end and not the start
I believe in nothing
Not the earth and not the stars
I believe in nothing
Not the day and not the dark
I believe in nothing
But the beating of our hearts
I believe in nothing
One hundred suns until we part
I believe in nothing
Not in satan, not in god
I believe in nothing
Not in peace and not in war
I believe in nothing
But the truth of who we are
memang budaya yakjuj makjuj kumpul tengkorak/kulit kepala mangsa

logo pun dah piramid dah...


bahasa apa ni?? macam kripton je..

Saturday, April 2, 2011

boring dah fesbuk..

Rasa malas dh nk berfesbuk.. Maybe x lama lg nk terminate dh akaun fesbuk.. Dulu bukak fesbuk sebab nk cari seseorang je..pastu rasanya skarang dh x de maknanya lg..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 1, 2011

seperti bunga api

Pernahkah kau terasa, seperti sehelai daun, melayang dibawa angin, mengharap suatu permulaan yang baru?

Pernahkah kau terasa, seolah-olah sehelai kertas, pipih dan tidak berdaya, berterbangan dek hembusan angin?

Pernahkah kau terasa, seperti ditanam hidup-hidup, kau menjerit memanggil di dalam tanah, tapi tiada siapa mendengarnya?

Sedarkah kau masih punya kesempatan? selagi semangat masih membakar di jiwa..

Kau hanya perlu menyalakan cahayanya, dan biarkan ianya menyinar, taklukilah kegelapan malam, seperti malam-malam perayaan..

Temanku, jadilah seperti bunga api, ayuh tunjukkan mereka nilai dirimu, biarkan mereka terpesona melihat, ketika kau terbang membelah langit!.

Temanku, jadilah seperti bunga api, ayuh biarkan warna-warni cahayamu meletus, biarkan mereka terpesona melihat, kau akan meninggalkan mereka kekecewaan..

Jangan sangka dirimu tidak bermakna, kewujudanmu benar dan tiada yg dapat mengganti, sekiranya kau mengetahui rahsia di hari muka, setiap berlalu taufan pasti akan muncul pelangi!!.

Mungkin engkaulah punca semua pintu ditutup, supaya kau membukanya sendiri, menuju jalan kesempurnaaan!.

Seperti pancaran kilat jiwamu kian bangkit,  pasti kau tahu masanya telah tiba!..

Temanku, jadilah seperti bunga api, ayuh biarkan warna-warni cahayamu meletus, biarkan mereka terpesona melihat, kau akan meninggalkan mereka kekaguman..

Menyinarlah, seterang cahaya rembulan, memang ianya dulu terpendam, sekaranglah masa untuk dilepaskan!.

Menyinarlah, seterang cahaya rembulan.!!
adaptasi lagu Firework
Published with Blogger-droid v1.6.8