pagi esok, khamis 3hb mac 2011, kat sekolah ada majlis sambutan maulidur rasul dan kesyukuran.. sambutan maulidur rasul tu macam biasa la, setiap tahun mesti buat.. cuma tahun ni buat serentak dengan kenduri kesyukuran kerana kejayaan sekolah memecah rekod dalam peperiksaan UPSR tahun lepas... tahun lepas (2010) 36 orang dapat 5A.. tahun sebelum tu (2009) 26 orang dapat 5A.. kiranya melonjak naik agak banyak jugak la.. (sebenarnya tahun 2009 tu pun dah pecah rekod jugak dah)
maka, bagi meraikan kejayaan sekolah, pihak PIBG telah menaja seekor lembu untuk jamuan kesyukuran yg akan diadakan esok serentak dengan majlis maulidur rasul.. jadi semua cikgu2 pun kena lah berganding bahu dan berkerja keras sikit untuk menjayakan majlis 2 dalam 1 tersebut.. cikgu2 la yg nak kena siapkan lembu tajaan PIBG tersebut supaya menjadi makanan yg boleh dimakan oleh murid2 dan para dif..
so, sebelum magrib tadi dah gi sekolah dah,.. solat maghrib kat musalla, then solat hajat mintak segala urusan berjalan lancar.. pastu pakat2 potong daging.. oleh kerana buat kerja ramai2, maka kerja pun siap dengan cepat,.. lebih kurang sejam je, sekor lembu dah dapat disiapkan.. esok pagi tinggal nak masak je.. lepas dah siap kerja lebih kurang tu, pakat2 makan lah pulak.. guru besar sponsor sate, ada cikgu sponsor nasi goreng, ada yg sponsor sayur2, ada yg sponsor 'sekor kambing panggang', dan pihak kantin lak sponsor air minuman.. so, meriah la jugak.. sambil kerja, sambil bergumbira... kerja kejap je pun, makan sambil borak2 je yg lama.. pukul sebelas lebih baru balik..
lepas buat keja, makan sate pulak.. |
kambing panggang pusing 'arabic style'.. makan daging kambing secukup rasa.. hohoho |
No comments:
Post a Comment