apa yg penting? kerjaaa sama.. wonderpets datang membantu..haha.
hari ni terfikir la pulak,.. memandangkan keadaan dunia sekarang ni yg tidak menentu,. apa sebenarnya perkara yg penting sekali dalam hidup kita yg kita mesti kena ingat selalu..? jawapannya ialah; 'pastikan kita sentiasa berada di jalan yg benar'.. x kira apa yg berlaku kat dunia ni, x kira apa pun keadaan kita, hidup kita senang ke, susah ke, kita duk kat kelantan ke, duk kat K.L ke, duk amerika sekali pun,. dunia kena tsunami ke, gempa bumi ke, dunia aman damai ke, dunia nak hancur ke, dajjal dah datang ke, dah nak kiamat ke,.. yg penting sekali ialah diri kita... jaga diri kita walau di mana pun kita berada supaya sentiasa berada di jalan kebenaran,..
dengan erti kata lain, perkara yg paling penting bagi seseorang manusia itu ialah pegangan hidupnya.. apa pegangannya? apa yg dipercayainya? kerana, apa yg di‘imani’ dan diyakini oleh seseorang itulah yg membezakan antara seorang manusia dengan seseorang yg lain..
so, seterusnya, macamana nak pastikan kita ni berada di jalan kebenaran?
Perkara pertama ialah akidah kita,.. akidah tu sebenarnya kut bahasa arab,. Kut melayunya, pegangan la,. Dan pegangan yg dimaksudkan di sini ialah pegangan tauhid kita.. tauhid tu pun bahasa arab jugak.. kut melayu nya ialah meng‘Esa’kan.. iaitu mengEsakan Tuhan.. iaitu yakini betul2 bahawa Tuhan kita ialah Allah yg Esa (yg Satu,bukan dua, bukan tiga dan bukan selain Satu) yg Maha Suci dari segala sifat makhluk.. bab Tauhid ni panjang jugak nak hurai, tp secara ringkasnya, kena yakin bahawa Allah lah Tuhan yg buat kita & alam ni, seterusnya mentadbir & urus alam ni.. dan kita hanya boleh sembah Dia sahaja.. dan jangan minta pertolongan daripada siapa2 atau benda2 yg ghaib(yg kita x nampak dgn mata kasar) selain Dia..
Perkara kedua ialah macamana kita nak menjalani hidup kita ni... senang je, jangan tinggal ibadat wajib dan buat baik sesama manusia... simple je kan..? dan, bila ada apa2 persoalan timbul, rujuk je Al-Qur’an dan Hadis Nabi.. kalau x reti, tanya la orang yg reti.. tp kena la pilih2 jgk,. Kena orang yg dipercayai la.. pastu jangan duk tanya sorang je,.. buatnya sorang yg kita tanya tu ialah ‘ayah pin’,.. x ke naya kita.. tanya la 2,3 orang alim.. dan make sure orang yg kita tanya tu pun rujuk Al-Qur’an dan Hadis Nabi la.. ada jgk orang yg nampak alim, tapi sebenarnya main ikut2 orang je.. Al-Qur’an ke mana, Hadis Nabi entah ke mana..
akhir sekali, bila terbuat dosa, taubat la cepat2.. jangan tangguh2.. caranya, berenti buat benda dosa tu, cuba sedaya mungkin untuk rasa menyesal buat benda dosa tu tadi, berazam sedaya mungkin untuk x nak buat dah benda dosa tu pada masa depan dan seterusnya pohonlah keampunan dari Tuhan.. Istighfar la.. pastu kalau terbuat dosa tu lagi lain kali, maka taubatlah lagi! yelah, kadang tu hari ni dah ye2 berazam, sekali esok terbuat lagi.. kita manusia ni memang la lemah...
akhir sekali, bila terbuat dosa, taubat la cepat2.. jangan tangguh2.. caranya, berenti buat benda dosa tu, cuba sedaya mungkin untuk rasa menyesal buat benda dosa tu tadi, berazam sedaya mungkin untuk x nak buat dah benda dosa tu pada masa depan dan seterusnya pohonlah keampunan dari Tuhan.. Istighfar la.. pastu kalau terbuat dosa tu lagi lain kali, maka taubatlah lagi! yelah, kadang tu hari ni dah ye2 berazam, sekali esok terbuat lagi.. kita manusia ni memang la lemah...
Kesimpulannya, kalau kita boleh pastikan pegangan kita betul maka x de apa yg kita perlu risaukan.. lagi2 kalau dunia tengah x menentu macam sekarang.. kalau dunia aman pun kita x rugi jugak.. betul tak? sebab kita memang berada di jalan yg benar.. dan insyaAllah, bila pegangan kita kuat, xde saper2 boleh sesatkan kita.. x kira ayah pin ke, dajjal ke, iblis syaitan ke.. dan bila kita berada di jalan yg benar ni kita x perlu risau dengan dunia ni,..dunia aman ke, dunia hancur ke, hidup kita senang ke, susah ke.. hatta nak mati pun x perlu risau dah.. betul x? Sebabnya, tujuan utama kita nak sangat berada di jalan yg benar ni ialah sebab kita nak selamat kat akhirat sana.. sebab kat sana lah hidup kita kekal abadi,.. kat sini hanya sementara..
Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan kebenaran..
No comments:
Post a Comment