Tuesday, February 22, 2011

mengapakah kau pergi terlalu awal..

Abe Zain @ Dr Zain dalam kenangan..

Khamis -17 Feb 2011
Aku duk sekolah, dalam pukul 10 pagi, Abe Zain kol,.. "Demo x nak gi Tanah Merah ke petang2 ni? kita pakat gi rumah Abe Tar.." ajak Abe Zain.. Dan petang itu kami ke tanah merah,.dengan Mukmin & Simah..  sampai sana dah pukul 5.40 lebih kurang,. solat asar dulu kat surau tepi rumah Abe Tar, pastu baru naik rumah. Borak2 then bincang2.. Dek kerana duk bersila agak lama jgk, kaki Abe Zain kekejangan.. Masuk waktu maghrib pakat gi surau, sekali dgn Abe Tar.. Mukmin jadi imam.. Lepas solat kaki Abe Zain kekejangan lagi.. Terasa risau jugak tengok keadaan dia.."Tak sihat nampaknya Abe Zain ni.." Mukmin hanya mengiyakan.. Pastu sambung borak2 kat beranda pulak.. Pukul 8.15 lebih kurang, bertolak balik..Singgah solat isyak tengah jalan.. On the way tu kitorang masih lg bincang tentang macam2 perkara.. Biasalah, kalau dah jumpa memang x habis benda nak bincang.. Kadang2 berbahas pun ada, masing2 keluar hujah masing2.. Tapi malam tu Abe Zain banyak setuju je.. Lebih kurang 9.30 malam, sampai Kg Kota. Abe Zain & Simah turun kat situ, keta dia parking kat situ,.. Rumah mak dia.. Sebelum beredar sempat lagi abe zain turunkan ilmu dia buat kali terakhir; point 'acupuncture' untuk atasi masalah banyak toksik dalam darah..

Jumaat -18 Feb 2011
Duk rumah, banyak kerja.. Start pagi2 lg dah ngadap laptop.. Dapat sms dari Simah; 'abe muslim, abe zain demam teruk..klau ada msa,mari la.......'    Takleh nak pergi laa..Kerja x siap lagi.. Tp trfikir jugak, biasanya Abe Zain sendiri yg kol atau msj..Ni apesal Simah yg msj pulak? Pastu lagi, semalam ok je..Apesal pagi ni buleh demam teruk pulak?..Demam sikit je kut..  Petang tu bagitau Mukmin pasal Abe Zain.. Dia kata dia nak gi tengok.. Tapi dia pun sibuk gak..

Sabtu -19 Feb 2011
Pagi2 lagi bertolak ke Hotel Raudah.. Ada LDP(latihan dlm perkhidmatan), sampai pukul 2.30 baru habis program.. Lepas makan tu balik..Nak gi tengok Abe Zain pun, rasa letih lah pulak,. Tengok malam karang lah kalau x de kerja,..  Lepas asar kol Abe Zain.. x angkat lah pulak..Aik, pelik ni,.. x pernah lagi kol dia x angkat ni.. kol Simah baru angkat.. "Macamana Abe Zain?"  "Makin teruk demam..Tapi xpe rasanya..Jangan risau.."   Kol Mukmin pulak, bagitau dia pasal Abe Zain.. Dia kata dia nak gi tengok.. "Ok la, kalau ada apa2 bagitau.."      Malam tu, dekat pukul 10.00,  Mukmin hantar msj; 'DrZain alami pmbengkakn hati yg kronik. td bru brtolak ke hosp bsr..tgh follw ambulan skrg..'  baca je msj terus kol Mukmin.. "Macamana Abe Zain?"  "Sekarang dah kat wad kecemasan.. Tapi xleh masuk jgk,  kena gilir2. Nanti tengok keadaan dulu,.. Nanti dah masuk wad baru bagitau balik"   Pukul 11.20 lebih kurang, dapat msj lg; 'JNTUNG STOP DUA KALI DH. MUNGKIN RISIKO KOMA/BRAINDEAD. BC FATIHAH &5 AYAT AWAL AL BAQARAH. .........'   Ah, sudah!!!.. Ini sudah serius! Sambil terpinga2 tu ambik wuduk, solat hajat then baca ayat2 suci Al-Qur'an niat supaya Abe Zain selamat.., tengah2 duk baca tu, dapat mesej lagi; 'Jenazah dbawa blk ke kgkota skrg.'   Rasa dunia berhenti berpusing.... terus start keta & menuju Kg. Kota... Sampai tu, jenazah masih belum sampai.. 10 minit lebih kurang kereta jenazah pun sampai.. Pakat angkat,..  Betul la,.. Abe Zain dah x ada.. Sayu je perasaan.. Rasa bersalah pun ada,..Apesal aku x pergi tengok dia semalam? Petang tadi?
Lebih kurang pukul 2 pagi balik rumah.. Nak tido tapi x boleh nak lelapkan mata.. Entah pukul berapa baru terlena.. Mimpi jumpa Abe Zain.. Abe Zain senyum je,.. "It's ok.." itu je yg aku ingat kata2 Abe Zain dalam mimpi tu..yg lain x ingat,.. tapi aku memang pasti ada wajah Abe Zain dalam mimpi tu.. Maybe mainan tidur,..Sebab aku teringat sangat kat dia.. Tapi masuk tidur tu dalam wuduk... Wallahu a'lam..

Ahad - 20 Feb 2011
Still terkejut, kuatkan semangat gi kerja.. Mintak keluar awal sikit, terus ke rumah keluarga Abe Zain.. Masa tu pukul 1.00 tengah hari lebih kurang..  Sampai tu Abe Zain baru siap dimandikan,.. Then kafan,.. Yg peliknya, jenazah langsung x keras.. wajah pulak tenang je,..sejuk je hati nengoknya.. Pastu pakat cium & tengok buat kali terakhir.. Masa kucup dahi dia tu tiba2 rasa tenang je.. buat seketika hilang semua perasaan sedih.. Rasa nak kucup lagi sekali .. Tapi, ramai lg duk tunggu.. Sedang sanak saudara dia kucup & tengok dia kali terakhir tu sedang elok azan Zohor berkumandang.. Bawak ke masjid, sampai je masjid sedang elok iqamat.. Terus solat zohor, solat jenazah,..Then ke kubur.. Perjalanan terakhir Abe Zain di dunia ini..

Semoga tenang dan berbahagia di sana..

Abe Zain...
teman yang paling baik,
paling bertimbang rasa,
tidak mementingkan diri,
 tiada rahsia disembunyi,
benar2 memahami,
 yang berkongsi rasa hati,
yang benar2 membantu,
yang tidak kedekut ilmu,
tidak pernah berbelah bahagi,
walaupun sedikit memadai untuk dirinya sendiri, masih sudi berkongsi,
terlalu murni d hati sanubari..

Monday, February 21, 2011

hidup mesti terus...

hidup ini sementara..
tiada yg kekal kecuali Sang Pencipta..

apabila saat perpisahan tiba..
kita semua pasti akan pergi jua..

walau betapa kita enggan melepaskan mereka..
namun mereka sudah bersedia meninggalkan kita..

yg pergi, doakan mereka kesejahteraan.. 
yg hidup, perjalanan masih perlu diteruskan..

semoga berbahagia di sana,
abe zain..

Saturday, February 19, 2011

bila rasa gembira,..

hari ni duk siapkan laporan.. seharian ngadap laptop..ada la sikit rasa nk muntah.. tp petang td kluar gi bank kejap pastu rehat2 skt.. malam sambung kerja balik.. 10 minit nak pukul 12 tgh malam baru blh email laporan yg susah2 disiapkan tersebut..pas-pas je deadline..ho3.. tp yg x best sikitnya, dah la cuti sehari je minggu ni.. esok kena gi LDP(latihan dalam perkhidmatan) kat hotel raudhah.. nak kena pakai batik lak tu.. aduuu.. baju batik nak pakai esok x gosok lg ni..! 

tp rasa2 la, bila hati kita gembira,.. buat kerja pun rasa x letih sangat.. mungkin sebab fikiran kita x fokus sgt kat kerja kita tu..fikiran duk terawang-awangan...duk ingat benda lain.. buktinya semalam lepas balik sekolah tu, mandi2, solat, terus start keta, gi ambik Mukmin(abg sulung aku), abe zain & simah(bini abe zain) then drive ke Kg Kuala Tiga, kat Ladang Kerila, Tanah Merah.. jauh jugak la,.. dah dekat2 nak sampai Jeli dah.. pegi tu sbb ada urusan persatuan.. on de way tu sambil drive sempat lg berurus niaga kut fesbuk..dasyat tul..! Drive pun x rasa letih..hoho. lepas maghrib tu balik.. gi hantar diorang dulu.. sampai umah kul 10+ mlm..tp x rasa letih pun.. sampai je kat umah, belasah megi 2 bungkus.., pastu duk rehat kejap,.. tau2 dah lena..ha3.. bila bangun pagi tadi rasa bersemangat je nk siapkan laporan pulak.. atas sebab2 tertentu bermula tengah hari semalam sampailah hari ni rasa gembira semacam je..walaupun sebelum tu rasa nak minum air kotak perasa coklat je sbb nak hilangkan rasa sedih.. biasala hidup dunia ni,.. ada sedih, ada gembira.. yg penting agi idup agi selamba..!

AlhamdulilLah,..

Tuesday, February 15, 2011

Banggol Che Dol

hari ni cuti sempena maulud.. x gi mana2 pun.. sebenarnya kena gi balai Islam Lundang pukul 9.00 pagi tadi..sebab ada rakaman al-kulliyah tv3 tu.. pasal sambutan molod ni la jugak tu.. tp x pegi pun.. oh ye pegi satu tempat pagi tadi..  iaitu Banggol Che Dol.. suatu tempat yg aman damai, tenang, dan merehatkan..  lama jugak pegi sana tadi.. lepas bangun dalam pukul 5.45 pagi tu, solat subuh, pastu dalam pukul 7.15 tu dah bertolak.. pukul 11 lebih baru balik.. lama jugak.. 

sebenarnya malas jugak nak gi sana tapi xleh buat camana la, dah terpaksa.. sebabnya, semalam banyak sangat aktiviti,..maklumlah malam cuti.. bermula dengan mesyuarat(politik punya hal) kat dewan dotdotdot.. pukul 9.30 - 11.15 mlm, pastu perjumpaan sambil minum2(politik jgk) kat kedai makan berdekatan dengan traffic light ke Tesco sampai kul 1.30 pagi.. pastu gi rumah abe zain pulak kat Cherang,..borak2 sampai kul 4.00 pagi.. lebih kurang 4.30 pagi baru sampai rumah.. pastu takleh nak lelap pulak dah.. entah pukul berapa baru terlelap.. 5.45 pagi bangun dah,..sakit perut..mesti kuah roti canai semalam punya pasal..tak pun kuah laksa,..boleh jadi jugak bihun kat tempat mesyuarat tu..   

tahukah anda,.. apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan 'Banggol Che Dol' tu? kalau nak tau, 'Banggol Che Dol' ni adalah suatu nama panggilan yg hanya diketahui oleh sesetengah orang tua2 di kelantan.. cara sebutnya pulak kena ikut pelat kelantan.. sebut betul2..; "banggo che' do"..  iaitu panggilan manja kepada "tido".. hohoho

Sunday, February 13, 2011

u r what u think..!

            anda adalah apa yg anda fikirkan.. buktinya, apakah beza antara seorang yang berjaya dengan seorang yang gagal? apakah bezanya diri kita dengan seorang yg bergelar jutawan? apa bezanya seorang penagih dadah dengan Mark Zuckerberg(CEO of Facebook) atau pun Steve Jobs(co-founder and chief executive officer of Apple)?  itu kalau kita nak bandingkan dengan orang yg berjaya secara keduniaan.. kalu kita  nak banding dengan orang yang berjaya secara kerohanian pun boleh jugak.. apa bezanya seorang tukang kebun dengan Yusuf al-Qardhawi(Egyptian Islamic theologian,head of the European Council for Fatwa and Research, etc) atau Allahyarham Ahmad Deedat(Muslim scholar of comparative religion, an author, lecturer, & an orator).?

jawapannya ialah;...

yang berbeza hanyalah fikiran!!.. memanglah dari segi rupa paras tu ada 'variasi'nya, namun dari segi fizikal tiada bezanya antara seorang manusia dengan manusia lain...  kita semua ada satu kepala, dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, satu jantung, satu otak, dua paru-paru, dua buah pinggang dan lain2 lg.. begitulah juga dengan manusia lain, sama ada mereka itu manusia yg gagal mahupun manusia yg berjaya..

lainlah halnya kalau kita membandingkan diri kita dengan seekor ikan paus atau sebatang pokok pisang.. memanglah berbeza.. ataupun sekiranya kita membandingkan diri kita dengan orang yg cacat anggota badan... pun berbeza jugak.. tapi yg ironisnya, ada jugak sesetengah orang yg cacat fizikal boleh lebih berjaya daripada orang yg sempurna tubuh badan..

namun persoalannya di sini, macamana kita nak berfikir sama seperti orang berjaya berfikir??.. macamana nak ubah cara berfikir kita supaya kita jadi manusia yg berjaya? caranya senang aje iaitu; sentiasa berfikiran positif !.. pastikan kita sentiasa berfikiran positif.. macamana pulak nak berfikir positif?

ada 3 langkah mudah untuk berfikiran positif..

langkah 1- kenal pasti pernyataan negatif.

tanpa kita sedari, sebenarnya dalam kehidupan harian kita banyak pernyataan yg kita buat sebenarnya merupakan pernyataan yg negatif. sebagai contoh; kita biasa dengar seseorang berkata;

"aku tidak mahu menjadi seorang yg gagal" atau "saya tidak mahu menjadi seorang ibu yg garang" atau "saya bukan seorang murid yg malas" atau "jangan jadi mat rempit" atau "aku bukan penipu" atau "aku bukanlah seorang pekerja yg tidak bertanggungjawab" dan macam2 lagi ayat2 yg sama waktu dengannya...

walaupun jika kita meneliti maksud pernyataan2 di atas tadi kita mendapati maksud dan niatnya adalah baik, namun sebenarnya pernyataan2 sebegini adalah pernyataan negatif! kenapa? kerana kita menyebut apa yg kita tidak inginkan. dan apabila kita menyebut perkara2 negatif yg kita tidak inginkan tersebut, sebenarnya otak kita sudah pun memproses perkara2 negatif yg kita sebutkan.. kemudian barulah otak kita menjalankan kerja kedua iaitu cuba menolak kembali perkara2 negatif tersebut.. ini membazirkan tenaga otak kita. malah mungkin otak kita tidak mampu menolak keseluruhan perkara negatif yg telah kita sebutkan dan lebih malang lagi, perkara2 negatif tersebut terlekat di 'minda bawah sedar' kita seterusnya sedikit sebanyak kita terpengaruh dan ter'arah' untuk menjadi seperti apa yg kita sebenarnya tidak inginkan.. buktinya, cuba baca dan ikut arahan ayat berikut;(boleh juga jika anda cuba perdengarkan ayat berikut kepada orang lain sebagai uji kaji)

"JANGAN BAYANGKAN TENTANG SEEKOR GAJAH BERWARNA MERAH JAMBU, DI ATASNYA TIADA SEEKOR MONYET BERWARNA UNGU DAN MONYET TERSEBUT TIDAK MEMEGANG PISANG BERWARNA KUNING..

sekarang apakah yg ada di dalam fikiran anda?  Tentu kita akan terbayangkan seekor gajah berwarna merah jambu, di atasnya seekor monyet berwarna ungu dan monyet tersebut memegang pisang berwarna kuning.. betul tak?  selepas itu barulah kita cuba untuk memadamkan bayangan tersebut.. namun setakat mana kita berjaya memadamkannya?   sedangkan sebenarnya apa yg perlu ada di dalam fikiran kita hanyalah 'KOSONG'!.. kerana kita tidak perlu membayangkan apa2!  ini membuktikan bahawa sebenarnya setiap pernyataan negatif kita hanya akan membazirkan tenaga otak kita dan pada masa yg sama perkara2 yg kita tidak perlu dan tidak inginkan juga akan turut terlekat di dalam minda kita..


gajah berwarna merah jambu, monyet berwarna ungu, pisang berwarna kuning..


 
















langkah 2 - buat pernyataan positif

setelah kita kenal pasti dan hindari pernyataan2 negatif, maka seterusnya kita kenalah buat pernyataan yg positif banyak2.. apa saja, asalkan positif yg kita inginkan & mengikut keperluan kita.. contoh yg kita biasa dengar; 'aku nak jadi seorang pelajar yg cemerlang' atau 'aku seorang pekerja yg berdisiplin' atau 'aku nak jadi seorang ibu yg penyayang'  atau 'aku adalah sorang warganegara yg bertanggung jawab'..

bilakah kita kena buat pernyataan2 positif tersebut?.. bila2 masa shj.. sambil2 duk rilek, bila teringat dekat sesuatu kerja, atau sebelum tidur.. antara masa yg paling bagus ialah sebelum tidur dan selepas bangun tidur masa tengah fresh2 lagi tu.. 

bila kita selalu sebut pernyataan2 positif ni, maka dengan tanpa kita sedari, otak kita akan terima dan proses pernyataan2 tersebut dan seterusnya tanpa kita sedari minda bawah sedar kita akan memandu kita menjadi  seperti yg telah kita nyatakan.. kan semua kata2 kita itu adalah doa... dalam erti kata lain, sebenarnya apabila kita buat pernyataan positif ni kita sebenarnya sedang 'pasang niat'.. niat yg baik pulak tu..dapat pahala on the spot..  sbg contoh, bila kita kata, 'aku nak jadi seorang anak yg soleh, yg berbakti kepada ibu bapa..' bila kita sebut tu dgn sepenuh penghayatan, dan sepenuh keinginan, maka secara automatiknya segala tingkah laku kita lepas tu pun akan menuju ke arah yg kita sebutkan tadi la.. takkanla bila kita sebut dengan penuh penghayatan, dan sepenuh keazaman, alih2 bila ibu bapa kita mintak tolong sikit pun tak boleh kita nak tolong kan? mesti kita akan terfikir, inilah masanya aku nak berbakti sikit dekat ibu bapa aku macam yg aku inginkan... macam tu lah jugak bila kita buat pernyataan2 lain..

langkah 3 - hayati pernyataan positif anda..

langkah terakhir ialah, hayati dan fahami betul2 pernyataan positif yg kita buat dan seterusnya cuba detailkan lg.. sebagai contoh; bila kita kata; "aku nak jadi seorang pekerja yg cemerlang" maka kita jangan berhenti setakat itu, kita kenalah betul2 fahami, apakah kerja kita, apakah tanggungjawab yg mesti kita tunaikan dalam kerja kita tu supaya kita menjadi pekerja yg cemerlang,

kalau kita seorang guru sebagai contoh, maka kita kena faham bahawa tanggung jawab kita meliputi, murid2 kita, ketua jabatan kita, pihak pengurusan sekolah, kawan2 sejawat dan para ibu bapa.. kita kena pastikan murid2 berjaya, faham apa yg diajar, menjadi manusia, buleh jawab periksa, dan lain2 lagi.. dengan ketua jabatan pulak, biar dia puas hati dengan kerja kita, sokong apa saja keputusan dia untuk kebaikan sekolah dan murid2, bantu dia menjayakan misi dan visi sekolah, dan apa jua program yg dijalankan,.. dan begitulah seterusnya..

selepas kita dah faham betul2 apa yg kita inginkan secara terperinci, maka kita buatlah pernyataan2 yg lebih terperinci pulak.. contohnya; "aku akan pastikan murid2 aku berjaya" "aku akan pastikan murid2 faham apa yg aku ajar" "aku akan jadi contoh yg baik supaya murid2 aku jadi manusia yg baik" "aku akan didik murid2 macam aku didik anak aku sendiri" "aku akan ajar murid2 aku sampai buleh keputusan peperiksaan yg baik" dan begitulah jugak seterusnya... insyaAllah, Tuhan akan tolong kita dan membawa minda bawah sedar kita menuju ke arah yg kita niatkan..
 selamat mencuba..

Saturday, February 12, 2011

kisah mesyuarat iblis..

semalam gi rumah member.. (tp member sorang ni, nak kata member sgt tu x jgk, sbb dia lebih tua,..masa aku baru masuk main campus UM dulu dia dah jd lecturer dah kat situ.. kira macam senior la, tapi dia lecturer fakulti lain la.. aku panggil dia abe zain..) dia buat solat hajat naik rumah.. then mcm biasa mesti ada makan2 punya.. lepas makan tu lepak2 sambil borak2.. so borak2 tu terkeluarlah kisah mesyuarat si iblis.. kisah ni memang dah ramai orang tau, cumanya mungkin terlupa ataupun x berapa menghayati je..(macam aku sendiri..huhu)  kisahnya macam ni;

apabila Tuhan memberi jaminan kepada manusia yakni anak2 Adam bahawa walau apa sekalipun dosa mereka Dia akan menerima taubat mereka sehinggalah nyawa anak2 Adam tersebut berada di tenggorokan,.(sampai sebelum nyawa dekat2 dicabut la maksudnya) maka terkejutlah Iblis apabila mengtahui perkara tersebut.. lalu ia pun memanggil mesyuarat tergempar.. dalam mesyurat tersebut berkatalah iblis kepada anak2 buahnya: "camana kita nak buat ni? sia2 lah kerja kita menyesatkan manusia kalau camni,.. penat2 goda, pastu manusia pun bertaubat, Tuhan pun terima taubat & ampunkan mereka,.. so, x ramai la masuk neraka sekali ngan kita nanti.." maka jawablah seekor syaitan; " kita memang xleh nak halang Tuhan daripada terima taubat manusia, so apakata kalau kita goda manusia supaya menangguhkan taubat..? kita bisikkan kat diorang ni camni; 'ala relekslah beb, kita kan muda lagi, nanti tua taubatlah.. sempat lagi ni,..lambat lagi nak mati..jangan duk fikir sgt pasal mati tu..' .." maka iblis pun setujulah dgn cadangan tersebut.. katanya; "that's hell right bro! you're damn f***in' genius!! so, what the hell are we waitin' for?! let's go get'em all!!!"(tu aku saje je buat ayat kasi nampak rock sikit..dah namanya setan..mestila ayat pun cam setan kan..)

kesimpulannya, jangan tangguh2 taubat.. sbb mana tau kut2 mati mengejut ke.. sakit jantung ke, eksiden ke, x ke naya? so, bawak2 le bertaubat segera.. kalau terbuat dosa tu, cepat2 la bertaubat serta merta..jangan duk tangguh.. sambil duk rilek2 mahu pun sambil buat kerja, apa salahnya kalau mulut tu ber'istighfar' dan niat kat dalam hati nk mintak ampun atas dosa2 kita,. sama ada dosa kita yg tertentu ataupun seluruh dosa2 kita secara umum.. semoga kita semua sempat bertaubat dan diampunkan atas dosa2 kita..

'agi idup agi selamba' pun kena maintain taubat bila buat dosa.. jgn 'agi idup agi selamba,pastu bila mati baru nak ngelabah'.. yg kita harapnya ialah, 'agi idup agi selamba, pastu bila mati pun selamba ugak' so, cepat ucap; Astaghfirullah al-Adzhim.. ;)

Friday, February 11, 2011

kem kepimpinan dak2 pengawas ni ha..

 k.inah dengan semangatnya meneruskan upacara pembakaran...ayam.. untuk cikgu2 je.. budak2 makan kuih je la..

 tikah tu..

 lepas kenyang makan ayam, diteruskan lagi dengan sesi 'membuka kelab bual' sambil tunggu budak2 keluar dewan..
tikah lagi.. tikah ni sebenarnya anak mangsa perceraian.. mak duk k.l., ayah duk bangkok, tinggalla dia dgn pengasuh kat sini..pengasuh tu kawan atuk dia.. kesian,. budaknya pandai..


6-8 feb 2011 aritu, sekolah kitorang anjurkan kem kepimpinan untuk pengawas & ketua darjah, kat kem putra, kampung chengal, peringat.. ok jgk la, blh release tension skt,.. lari dari kesibukan kota dan seterusnya mnghirup udara nyaman sambil x payah gi skolah sekali skala memang refreshing la jgk.. cikgu2 blh duk kat chalet ber'aircond' yg disediakan, sambil makan free.. budak2 ni smua fasi dia yg urus,.. memang refreshing! 

Thursday, February 10, 2011

Mana pulak Hamid ni..?

Mana pulak cikgu Hamid ni? Oh ya, skrg ni duk kat Tesco ni.. Sbnarnya bukan suka sgt mai tesco ni..xde aweks cun sgt pun.. Sbenarnya td lepas habis kelas tu Hamid ni ajak gi rumah cikgu Kadir(bekas pgawai JPN.skrg dh pencen) sbb nk ambik surat plantikan...(politik punya citer..malas nk mention kt sini..) so,alang2 dah kluar tu singgah kejap..sbenarnya nk cari tempat nk minum air je.. Pastu Si Hamid ni nk beli speaker untuk anak dia main game pulak..alang2 dah singgah.. Eh, cun jgk aweks tu..

raya rumah cikgu Sim



aritu masa hari raya cina(3 hb 2) kitorang geng2 cikgu lelaki telah sedaya upaya untuk meraikan cikgu Sim yg mrupakan PK HEM sekolah kitorang.. yg dimaksudkan dgn sedaya upaya tersebut ialah sebab rumah cikgu Sim ni agak jauh sedikit.. kat Tok Bali nun.. naik keta tu sejam lebih la jgk.. 1st taim gi raya cina kat umah orang cina... acceli nama penuh cikgu Sim ni ialah Sim Beng Ho (walaupun cikgu besar selalu panggil dia Sim Bin Ho)..  satu lagi, rumah dia yg sebenarnya x jauh (kat pasir tumbuh je) tapi disebabkan dia buat sambutan hari raya dia dekat rumah family dia maka jauh la skt.. berkumpul kat skolah, bertolak pukul 10 pagi lebih2, sampai dalam pukul 12 lebih, makan2( menunya ialah; nasi dagang, nasi minyak, sate, buah2an dan pencuci mulutnya orang 'kelantam' panggil butir nako@butir nangka) and borak2 sampai kul 1 lebih kurang, kitorang pun mintak diri,..otw balik tu singgah beli ikan segar then balik.. sampai dalam pukul 2 stengah.. letih gak walaupun tido je dalam keta..haha

Wednesday, February 9, 2011

Testing2 1,2,3..

Hari ni nk testing nulis blog guna henset.. Xtau lg jd ke x ni.. Kalu jd, blh la pasni 'post' guna henset je.. Kalu x jd, nk kena beli henset lain la nampaknya..kuakuakua.. Tp sekiranya anda terbaca post ini brmakna henset buruk ini masih brguna..hohoho

Tuesday, February 8, 2011

nak start nulis..

salam..

sebenarnya lama dah ada blog ni.. tp malas nak start tulis.. malas nak update.. tapi rasanya nak start dah ni.. boring dah fesbuk..rasa x berapa bebas.. x buleh nk tulis panjang2.. pastu mesti orang baca punya.. kalu blog ni x tau ada orang baca ke tak.. tulis ni sebenarnya bukan nak suruh orang baca sgt pun.. saja nk luahkan perasaan sendiri je.. oklah, cukupla utk pembukaan,.. caiyok! 'agi idup agi selamba'.. ok!