Merujuk maksud Hadith Rasulullah SAW ini, bahawa sesungguhnya ibadah Solat adalah tunjang atau tiang bagi seluruh amalan manusia. Kerana itu, ibadat Solat menjadi ibadat dan amal yang pertama-tama akan dihisab/ditanya/dihitung.
Maka amat wajar dalam kehidupan seharian umat Islam menjadikan ibadah Solat ini sebagai kunci pengukur dan muhasabah diri, keluarga dan seterusnya muhasabah terhadap kualiti dan kecemerlangan rumahtangga, organisasi, pejabat, jabatan, perniagaan, syarikat dan sebagainya.
Pengajaran utama dalam Hadith Rasulullah SAW ini ialah berkaitan ibadat Solat. Jika ibadat Solat kita baik, maka beruntunglah dan berjayalah dalam perkara lain. Ertinya umat Islam yang menjaga dan melaksanakan perintah mendirikan Solat adalah umat yang akan memperolehi kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam Solatnya". (Surah Al Mu'minun, ayat: 1-2)
Yakinlah sesungguhnya ibadat Solat adalah ibadat yang berkesan dalam membentuk sahsiah dan peribadi umat yang terbaik, berdisiplin, amanah dan Solat juga menjadi benteng diri daripada perbuatan keji dan mungkar.