Sunday, January 8, 2012

KEPENTINGAN MEMBERI SALAM.

RasululLah s.a.w. bersabda:

لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ


Yg bermaksud;

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak akan sempurna iman kamu sehingga kamu saling berkasih-sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu lakukannya kamu akan saling berkasih-sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu.” (HR. Muslim)


Imam An-Nawawi r.a. telah menjelaskan, dalam hadis tadi, agama Islam sangat menganjurkan & sangat menggalakkan supaya umatnya menyebarkan salam dan menyampaikannya kepada seluruh orang Islam, baik yang dikenali mahu pun yang tidak dikenali.


Imam An-Nawawi juga menjelaskan bahawa ucapan salam merupakan pintu pertama ke arah permuafakatan dan kunci pembuka yang membawa rasa cinta dan kasih sayang. Dengan menyebarkan salam, semakin kukuh persaudaraan antara orang Islam, serta menampakkan syiar mereka yang berbeza dengan orang bukan Islam. Di samping itu, di dalamnya juga terdapat latihan bagi jiwa seseorang untuk sentiasa merendah diri dan  menghormati orang lain. (Syarah Sahih Muslim, 2/35)


Terdapat beberapa kepentingan memberi salam. Antaranya iaitu: Pertama, Mengeratkan hubungan silaturrahim. Kedua, Dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya. Ketiga, Dapat melembutkan hati. Keempat, Imej mulia seseorang insan. Kelima, Mendoakan kesejahteraan orang lain. Keeenam, Sebagai pembuka bicara. & Ketujuh, Dapat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam.


Oleh itu pesanan di sini hanya satu, iaitu, berilah salam.. kepada kawan-kawan, sama ada yg lebih tua atau yg lebih muda, kepada guru-guru, kepada para pelawat, kepada tukang kebun, kepada pekerja kantin dan kepada semua orang Islam., sebelum masuk kelas, berilah salam. Begitu juga di rumah, sebelum masuk rumah berilah salam. Jadikanlah ia amalan dan kebiasaan bukan hanya di sekolah dan di rumah bahkan di mana2 saja supaya kita menjadi orang Islam yang berkasih sayang sesama kita dan semoga akan sempurna iman kita.. Ia bukanlah sesuatu yang sukar dan sebenarnya tidak memerlukan paksaan. Hanya dengan pilihan hati dan keikhlasan. insyaAllah.. ~teks tazkirah masa perhimpunan pagi tadi :)


Published with Blogger-droid v2.0.2