Monday, May 30, 2011

jangan cela orang yg buat dosa..

peringatan untuk diri sendiri..

Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Nabi saw :

"Barangsiapa mencela saudaranya dengan suatu dosa, maka ia tidak akan meninggal dunia sebelum melakukannya."

Walaupun menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani hadith ini palsu (maudhu’), kerana ianya munqati’ (periwayatannya terputus) dan di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin al-Hasan Abu Yazid al-Hamdani yang pendusta (al-Kazzab). -Silsilatul Ahadith Da’ifah, jilid I, Halaman 213-214)

Imam Ahmad pula dalam menafsirkan hadith ini berkata: "Iaitu dosa yang telah ditaubati (ditinggalkan) oleh yang orang yg berkaitan". Dan selain itu terdapat perasaan gembira terhadap orang yang dicelanya.

Di dalam sebuah hadith marfu' yg juga diriwayatkan oleh Imam Tirmizi:

"Janganlah kamu menampakkan kegembiraan terhadap kejelekan (kesusahan) orang lain, karena boleh jadi Allah akan menyayangi dia dan mengujimu."

Boleh jadi yang dimaksudkan adalah bahawa penghinaan kita terhadap orang lain itu lebih besar dosanya daripada dosa yang dilakukannya, dan lebih berat ke'maksiatan'nya daripada maksiat yang dilakukan oleh orang tersebut.. Kerana dengan mencela orang lain, kita menganggap diri kita suci, lebih bersyukur dan bebas dari dosa,. sedangkan orang lain bergelumang dosa.. Tetapi boleh jadi keresahannya terhadap dosa-dosanya, kehinaan dan kerendahan dirinya, kebersihannya dari penyakit hati seperti sombong dan ujub, sikapnya di hadapan Allah yg tunduk penuh kehinaan dan hati yg penuh kekesalan itu lebih bermanfaat dan lebih baik daripada besarnya ketaatan kita, yang kita rasa banyak dan selalu kita hitung dan dengannya kita merasa telah berjasa kepada Allah dan makhlukNya..

Alangkah dekatnya orang yang pernah berbuat maksiat yg ketakutan ini kepada nikmat Allah dan alangkah dekatnya kita yang "berani" ini kepada kemurkaan Allah.(Na'uzubillah)

Dosa yang membuat kita merendahkan diri di sisi Allah itu lebih dicintaiNya daripada ketaatan yang membuat kita bersifat sombong..

Sesungguhnya jika kita tidur malam dan pada paginya kita merasa menyesal terhadap kesalahan2 kita, itu lebih baik daripada kita menunaikan solat malam tetapi pada pagi harinya kita merasa ujub,.. kerana amal orang yang ujub tidak akan naik kepada Allah!.

Ratapan orang yang berdosa itu sesungguhnya lebih dicintai Allah daripada riuh rendah suara orang yang bertasbih tetapi membanggakan diri.. Kerana, mungkin dengan dosa yang disesalinya itu Allah akan mengeluarkan penyakit yang kini ada pada diri kita tetapi kita tidak menyedarinya..

Sesungguhnya, hanya Allah yg mengetahui rahsia yg terdapat dalam diri seseorang itu.. sama ada orang yg taat atau pelaku maksiat.. Dan tidak ada yang mengetahui rahsia tersebut selain Allah.. Malah, para Malaikat sekalipun tidak mengetahuinya..

Nabi saw pernah bersabda:

"Apabila sahaya perempuan salah seorang dari kamu melakukan zina, maka laksanakanlah hukuman ke atasnya, tetapi janganlah kamu caci maki."

Kesimpulannya, kalau nampak orang buat benda dosa tu, kena la tegur..dengan se'hikmah' yang boleh.. Amar ma'ruf & nahi mungkar tu mesti kena terus..sekadar kekuasaan kita la..sama ada dengan perbuatan, lisan atau hati.. Tapi jangan kita cela pelakunya..sebab kita bukan benci pelakunya, tapi bencikan perbuatan yang salah..bahkan sebab kita sayanglah kita tegur tu.. Dan ingatlah, kita tiada hak untuk membenci sesiapa pun.. kalau pun seseorang tu buat dosa besar mana pun, kita x boleh benci orang tu sebab kita sendiri pun x boleh nak jamin bahawa kita sendiri x kan lakukan dosa yg sama dengan orang tu di masa hadapan.. tp, kita mestilah dgn sedaya upaya berusaha & berdoa agar kita x buat dosa yg sama.. dalam erti kata yg lain,jangan sesekali rasa diri kita dah cukup bagus.. (kita memang sentiasa kena berusaha untuk jadi bagus, tapi jangan sesekali rasa diri kita dah cukup bagus dan lebih bagus dari orang lain.!)  jangan ingat kita dah selamat..sebab, kita sentiasa masih perlukan rahmat dan hidayah dari Allah sehinggalah ke akhir hayat kita..  Ingatlah, Iblis dulu pun baik jgk, maybe jauh lebih alim & warak dari kita...tapi dek keangkuhan, dia jadi sesat... Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat angkuh, ujub dan memandang hina orang lain.. serta, tetapkanlah kami di atas jalanMu.. Amin.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, May 4, 2011

dunia semakin mengecil...?

Pagi tadi masa tgh siap2 nak gi sekolah (nak gi kerja la..dah namanya cikgu, sampai tua2 pun hari2 masih kena gi sekolah lagi..) mula2 segalanya berjalan lancar macam biasa,.. Tapi tiba2 masa nak pakai seluar tu tiba2 seluar yg bersaiz 31 itu menjadi begitu kecil dan ketat...aduss.. Sesak jugak la nak kena kempiskan perut baru boleh pakai.. Pelik jugak.. Selalu muat je..ni alih2 jadi ketat pulak.. Nak kata tertukar x lojik pulak..tengok saiz tu memang 31 dah.. So, kesimpulannya, seluar tu memang dah semakin mengecut bersama dengan dunia ini...
Published with Blogger-droid v1.6.8