cuti sekolah 2 minggu.. apa lagi.. gi jalan2 la.. bukannya jalan2 cari aweks pun..jalan2 cari ketenangan je,.. release tension lah katakan.. lepas ni nak struggle kerja balik.. so, sempena cuti, cuti habis-habisan sampai duit pun habis..
perjalanannya bermula begini,.. mula2 lepak rumah adik kat hulu langat..banyak hari jugak.. dalam masa tu, round2 shopping complex je.. gi berjaya times square, sogo, klcc.. bukan beli apa sangat,..beli kasut je pun.. nak tengok wayang sebenarnya, tapi masa tayangan dengan tajuk cerita yg aku nak tengok asyik x sesuai pulak.. Aku nak tengok cerita omputih jer.. cerita melayu aku memang x layan sangat.. K.L gangster? sori la, nanti raya tahun depan masuk tv la tu.. buleh la tengok.. hahaha (jgn marah)
Pastu seterusnya kitorang gi bermalam kat pantai di bagan lalang..kat sepang.. resort dia memang cantik la.. pantai dia pun memang best .. landai je.. pagi keesokan tu, ingat nak lepak2 kat tepi je,.. tau2 dah duk dalam air dah.. hahaha..
Pastu yang best jugak, kitorang gi round2 melaka.. memang banyak benda menarik kat melaka ni sebenarnya,.. sebagai contoh, zoo melaka, taman buaya, taman mini malaysia & asia, kereta lembu ayer keroh, muzium kapal, menara taming sari, river cruise dan banyak la lagi.. memang fenin la nak jalan kat melaka ni.. banyak sangat tempat menarik! barang2 dan tiket pun x mahal.. x macam kat K.L.. masuk zoo melaka baru RM7 je!.. kalau zoo negara rasanya dah RM30 kut.. dan antara yg paling istimewanya jugak ialah menara taming sari yg berbentuk keris.. malas la nak cerita panjang tentang keistimewaannya,.. kalau nak tau kena gi melaka dan naik sendiri la menara tu.. ahaha..
Pastu antara yg menarik lagi ialah, bermalam kat Rumah University di UM pulak.. memang rindu sgt.. round2 tasik.. gi pusing2 PJ.. seksyen 14,17,.. kat tempat rumah sewa masa duk blaja dulu.. banyak jugak yg dah berubah.. rasa nak sambung blaja la pulak..
Pastu abang yg duk putrajaya ajak gi rumah dia pulak.. sambil duk rumah dia tu sempat la gi tengok wayang kat alamanda.. cerita pirates of carribean.. 3D pulak tu.. memang berbaloi la.. orang lain sibuk tengok final piala FA, aku pulak layan movie,.. haha
cuti2 malaysia.. jauh berjalan, luas pandangan.. alhamdulilLah..
menara taming sari, dataran pahlawan, melaka |
layan blues di sepang gold coast, bagan lalang, selangor. |
UM yg dirindui.. |
Published with Blogger-droid v1.6.8