Saturday, January 12, 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 21, 2012

sembahyang penentu kejayaan.

sabda Rasulullah, "Perkara pertama yang akan disoal kepada seseorang hamba pada hari qiamat adalah tentang sembahyang, jika baik sembahyangnya maka baiklah seluruh amalannya, jika buruk sembahyangnya maka buruklah seluruh amalannya"

Merujuk maksud Hadith Rasulullah SAW ini, bahawa sesungguhnya ibadah Solat adalah tunjang atau tiang bagi seluruh amalan manusia. Kerana itu, ibadat Solat menjadi ibadat dan amal yang pertama-tama akan dihisab/ditanya/dihitung.







Maka amat wajar dalam kehidupan seharian umat Islam menjadikan ibadah Solat ini sebagai kunci pengukur dan muhasabah diri, keluarga dan seterusnya muhasabah terhadap kualiti dan kecemerlangan rumahtangga, organisasi, pejabat, jabatan, perniagaan, syarikat dan sebagainya.



Pengajaran utama dalam Hadith Rasulullah SAW ini ialah berkaitan ibadat Solat. Jika ibadat Solat kita baik, maka beruntunglah dan berjayalah dalam perkara lain. Ertinya umat Islam yang menjaga dan melaksanakan perintah mendirikan Solat adalah umat yang akan memperolehi kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Firman Allah di dalam Al Quran:



Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam Solatnya". (Surah Al Mu'minun, ayat: 1-2)



Yakinlah sesungguhnya ibadat Solat adalah ibadat yang berkesan dalam membentuk sahsiah dan peribadi umat yang terbaik, berdisiplin, amanah dan Solat juga menjadi benteng diri daripada perbuatan keji dan mungkar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

Keturunan Bah Tan

Tadi gi KFC, pastu ada sorang budak cina umur lebih kurang tiga tahun, mesra semacam je, siap tegur-tegur kita, siap lambai-lambai masa nak balik.. Ayah dia pun sporting jugak.. So, terlintas la kat fikiran aku, apesal diorang ni mesra semacam je? maybe diorang ni keturunan atau saudara-mara Bah Tan kut..? Siapa Bah Tan?

Beginilah kisah Bah Tan,.. Bah Tan ialah seorang lelaki keturunan Cina etnik Hokkien yang tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Bunut Sarang Burung terletak di dalam kawasan jajahan Tumpat, di seberang Sungai Kelantan kira-kira lima atau enam generasi yang lepas. Kampung ini juga pernah digelar dengan panggilan 'Kampung Cina' kerana majoriti penduduk di kampung itu ramai yang berketurunan Cina. Bah Tan menyara keluarganya dengan bertani dan bercucuk tanam, sebagaimana kebanyakan orang cina kampung yang lain. Dia hidup sederhana bersama isteri dan seorang anaknya yang masih kecil.

Pada suatu hari, kampung itu didatangi seorang Ustaz yang menyebarkan keindahan agama Islam kepada penduduk di situ. Ustaz ini melayan semua orang dengan penuh mesra dan hormat, tanpa mengira bangsa atau keturunan, miskin mahupun kaya. Beliau amat disenangi oleh orang kampung, dan ramailah juga penduduk kampung yang tertarik untuk memeluk agama Islam.

Semakin hari, semakin ramai penduduk kampung memeluk agama Islam, termasuklah beberapa orang adik ipar Bah Tan. Mereka kerap berkunjung ke rumah Bah Tan, dan menceritakan kebaikan agama Islam kepada Bah Tan suami isteri. Isteri Bah Tan mula tertarik dengan agama yang baru didengarinya ini. Dia cuba memujuk Bah Tan untuk memeluk agama ini bersama-sama, tetapi Bah Tan tidak mahu menukar agamanya.

Akhirnya isteri Bah Tan memeluk Islam secara diam-diam. Bah Tan sungguh marah apabila mengetahui perkara ini. Isterinya dipukul dan diugut supaya kembali kepada ajaran nenek moyang mereka. Demi menyelamatkan diri dan akidahnya, isteri Bah Tan membawa anak perempuannya lari dan dengan bantuan daripada orang-orang melayu, perkara ini akhirnya diadukan kepada Sultan Kelantan. Sultan Kelantan pada waktu itu ialah Sultan Ibrahim. Sultan seterusnya memberi perlindungan khas kepada Isteri Bah Tan dan diberi tinggal di dalam istana.

Bah Tan cuba datang ke istana untuk mengambil semula isteri dan anaknya, tetapi Sultan hanya menitahkan dua perkara; Bah Tan tidak akan dipaksa memeluk Islam, dan orang yang memeluk Islam tidak boleh kembali kepada agama asal. Jika Bah Tan tetap enggan memeluk Islam, bererti isterinya bukanlah isterinya lagi. Bah Tan tetap dengan pendiriannya. Dia pulang dengan hampa.

Bekas isteri Bah Tan dan anak perempuannya diberikan satu ruang berhampiran dapur istana untuk menginap. Di sini dia mula menggunakan nama Islamnya Maryam, manakala anaknya diberi nama Siti Hajar. Maryam bekerja sebagai pembantu tukang masak istana, sebagai tanda terima kasihnya kepada Sultan yang sudi memberikan jaminan keselamatan dan tempat kediaman. Maryam akhirnya meninggal dunia di Mekah sewaktu menunaikan ibadat haji. Begitulah keagungan hidayah daripada Allah.

Berbalik kepada Siti Hajar pula setelah meningkat dewasa, dia memilih tukang masak istana sebagai suaminya. Pernikahan mereka diwalikan oleh Sultan, sebagai wali hakim. Siti Hajar dikurniakan dua orang anak perempuan, yang sulung diberi nama Siti Fatimah dan yang kedua dinamakan Siti Aisyah. Siti Hajar seterusnya mengandungkan anak yang ketiga. Semasa mengandungkan anak ketiga tersebut Siti Hajar seakan dapat merasakan bahawa hayatnya bakal berakhir sewaktu melahirkan nanti. Oleh itu dia berpesan supaya anak sulungnya Siti Fatimah tinggal di istana manakala anak keduanya Siti Aisyah pula tinggal bersama saudara mara yang lain. Tetapi tidak diwasiatkan dimana anak ketiganya yang bakal lahir itu hendak diserahkan.. Seperti yang diduga, Siti Hajar meninggal dunia semasa bersalin. Anak ketiganya selamat, namun turut meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

Apabila kedua-dua anak Siti Hajar dewasa, Siti Aisyah yang berkahwin terlebih dahulu. Sebelum berkahwin, kecantikannya menjadi buah mulut orang ramai. Ramai lelaki yang berhasrat untuk menyuntingnya dijadikan isteri, namun jodohnya dengan Hasan, anak orang kaya Ibrahim dari pekan Tumpat yang bekerja sebagai pembuat kapal (bahtera layar). Mereka dikurniakan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki. Sayangnya umur Siti Aisyah juga tidak panjang, dia meninggal dunia ketika sakit melahirkan anak yang keempat. Bayinya juga tidak dapat diselamatkan.

Anak-anak Siti Aisyah yang masih hidup bernama Aminah, Yusuf dan Muhamad. Aminah kemudiannya berkahwin dengan seorang kerani Pejabat Tanah dari Pasir Puteh bernama Yasin, dan mereka dikurniakan sembilan orang anak. Semasa kecil, anak perempuan Aminah yang dipanggil Ros, dikatakan mewarisi kecantikan neneknya Siti Aisyah. Tetapi tidaklah secantik Siti Aisyah. Tidak dapat dipastikan samada kenyataan itu adalah benar mahupun sebaliknya.


Kisah Bah Tan ini adalah kisah benar dan telah menjadi sejarah. Dari mana aku tahu semua cerita ini? Daripada arwah Siti Fatimah (cucu Maryam dan Bah Tan) yang sudah lanjut usia dan matanya sudah tidak nampak sewaktu aku temui.. masa tu aku masih budak-budak.. Dan daripada Ros sendiri.. apa kaitanya diorang ni dengan aku? Siti Fatimah tu sbenarnya moyang saudara aku.. Ros pulak ialah Mak aku yg tercintan!...;D


Pada hari ini, majoriti penduduk Kampung Bunut sarang Burung adalah beragama Islam. Cuma ciri unik mereka ialah genetik keturunan cina yang masih kelihatan pada warna kulit mereka yang agak cerah, rambut hitam yang lurus dan mata yang kecil atau sepet.


Dan semoga ustaz yang tidak dikenali namanya itu dilimpahi rahmah dan maghfirah dari sisi-Nya. Aamiin yaa Ar'hamar-Raahimiin.


cerita pasal Bah Tan ni aku ubah suai daripada http://scripters.ning.com/profiles/blogs/cny-special-kisah-bah-tan-di-kampung-bunut-sarang-burung ~blog abang sulung aku..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 8, 2012

KEPENTINGAN MEMBERI SALAM.

RasululLah s.a.w. bersabda:

لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ


Yg bermaksud;

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak akan sempurna iman kamu sehingga kamu saling berkasih-sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu lakukannya kamu akan saling berkasih-sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu.” (HR. Muslim)


Imam An-Nawawi r.a. telah menjelaskan, dalam hadis tadi, agama Islam sangat menganjurkan & sangat menggalakkan supaya umatnya menyebarkan salam dan menyampaikannya kepada seluruh orang Islam, baik yang dikenali mahu pun yang tidak dikenali.


Imam An-Nawawi juga menjelaskan bahawa ucapan salam merupakan pintu pertama ke arah permuafakatan dan kunci pembuka yang membawa rasa cinta dan kasih sayang. Dengan menyebarkan salam, semakin kukuh persaudaraan antara orang Islam, serta menampakkan syiar mereka yang berbeza dengan orang bukan Islam. Di samping itu, di dalamnya juga terdapat latihan bagi jiwa seseorang untuk sentiasa merendah diri dan  menghormati orang lain. (Syarah Sahih Muslim, 2/35)


Terdapat beberapa kepentingan memberi salam. Antaranya iaitu: Pertama, Mengeratkan hubungan silaturrahim. Kedua, Dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya. Ketiga, Dapat melembutkan hati. Keempat, Imej mulia seseorang insan. Kelima, Mendoakan kesejahteraan orang lain. Keeenam, Sebagai pembuka bicara. & Ketujuh, Dapat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam.


Oleh itu pesanan di sini hanya satu, iaitu, berilah salam.. kepada kawan-kawan, sama ada yg lebih tua atau yg lebih muda, kepada guru-guru, kepada para pelawat, kepada tukang kebun, kepada pekerja kantin dan kepada semua orang Islam., sebelum masuk kelas, berilah salam. Begitu juga di rumah, sebelum masuk rumah berilah salam. Jadikanlah ia amalan dan kebiasaan bukan hanya di sekolah dan di rumah bahkan di mana2 saja supaya kita menjadi orang Islam yang berkasih sayang sesama kita dan semoga akan sempurna iman kita.. Ia bukanlah sesuatu yang sukar dan sebenarnya tidak memerlukan paksaan. Hanya dengan pilihan hati dan keikhlasan. insyaAllah.. ~teks tazkirah masa perhimpunan pagi tadi :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, October 13, 2011

hari ni cuti.. hari untuk kereta..

hari ni cuti peristiwa sebab semalam hari sukan.. biasa la kalau lepas jalankan program yg agak besar, sekolah dibenarkan mengambil cuti peristiwa sebanyak tiga hari dalam setahun bergantung kepada kelulusan oleh pihak jabatan pelajaran negeri.. so, hari ni cuti peristiwa..
sebenarnya ni la kali pertama aku merasa cuti peristiwa sekolah aku.. sebab sebelum ni guru besar x pernah nak ambik.. 2 orang guru besar yg sebelum ni, dua2 x suka ambik cuti peristiwa.. nasib baik la guru besar yg sekarang ni setuju nak ambik cuti peristiwa ni.. walaupun dia sebenarnya macam x berapa suka jugak.. maybe takut rugi budak2 x cukup belajar kut.. tapi pada pendapat aku la, dah kita dibenarkan untuk ambik cuti, so kalu x ambik rugi la.. ye tak? bukannya menyalahi undang2, tp mengikut undang2 pun.. lagi pun, blh la jgk aku setelkan beberapa perkara yg x sempat nak disetelkan sebelum ni.. ye la, cuti hujung minggu pejabat lain pun tutup jugak.. memang elok benar lah kerajaan bagi ambik cuti peristiwa ni..
so, hari ni, pagi bangun cam biasa jgk.. pastu keluar gi makan sarapan kat kedai tengah bandar KB.. sarapan makan capati beb hari ni.. spesel sikit.. pastu gi pajabat JPJ negeri.. ada urusan sikit.. urusan pembatalan hak milik keta.. dah haritu dah bayar full settlement dah dua2 bijik keta aku (viva & neo) tu, so kena la batalkan tuntutan bank ke atas keta2 tu.. ala 5 minit je pun dah selesai.. bukan apa pun, dia cop sikit je atas geran keta tu..
pastu seterusnya sekarang ni duk kat car wash.. basuh keta sikit.. lama x basuh keta.. sambil duk nunggu ni la rasa nak nulis sikit ni.. boring.. paper hari ni pun dah abis baca dah.. pasni ingat nak gi round2 kedai aksesori keta pulak.. nak tengok2 apa2 yg patut... pastu nak buat apa pulak ye...?
Published with Blogger-droid v1.7.4